BREAKING NEWS

Mahathir dapat 'bala tuhan' sebab kawan dengan kafir laknatullah.


Mahathir memang tak patut tuduh ahli umno makan dedak, ambil rasuah dari DS Najib. Perlu ke tuduh ahli umno sampai macam tu sekali. Dengan status negarawan Mahathir, kutukkan macam tu kurang sesuai untuk diguna pakai. Sebab tu Mahathir dikatakan sudah nyanyuk.

Sekarang ni keceluparan Mahathir makin menjadi-jadi, mungkin atas faktor usia dan tekanan kepada ahli umno  yang menolak Deklarasi rakyat , kononnya untuk membawa suara rakyat yang menolak kepimpinan Najib. Tapi masih ramai lagi ahli umno yang masih setia menyokong Najib, tu..yang Mahathir meroyan sangat.

Sebab mulut jahat Mahathir tu...Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO telah ambil tindakan membuat laporan polis untuk seret Mahathir ke mahkamah bagi menuntut keadilan di atas kelancangan mulut Mahathir menabur fitnah yang tidak berasas kepada mereka.

"Tun Mahathir Mohamad sudah terlalu biadap dan jahat mulutnya sehingga beliau tergamak menuduh kami ahli-ahli UMNO telah diberi dedak hanya kerana tidak menyokong deklarasi menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya

Mahathir sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan menghina, kononnya ahli umno dah jadi bisu dengan sogokan wang dari Najib. Fitnah itu tidak boleh diterima oleh ahli akar umbi umno, sedangkan mereka tidak pernah berjumpa dengan Najib untuk tujuan seperti itu, malah hanya mengenali beliau sebagai presiden umno.

"Tun M tidak sepatutnya membuat tuduhan fitnah sebegitu kerana fitnah tersebut akan berbalik kepada dirinya semula satu hari nanti," katanya

Tuduhan Mahathir kepada umno juga turut mendapat sokongan daripada pembangkang, tapi ahli akar umbi umno bukannya bodoh seperti yang diperkatakan Mahathir.

Oleh itu, laporan polis ini dibuat untuk  menarik Mahathir ke mahkamah bagi mendapat balasan yang setimpal diatas keceluparan mulutnya sebelum ini.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online