BREAKING NEWS

PAS putih mata bila Azmin lebih sayangkan Mat Sabu.


Rupanya ahli PAS masih mengharapkan Azmin untuk membantu mereka berkempen menjelang PRK di Sungai Besar, malangnya Azmin telah beralih kepada PAN yang merupakan sekutu kuatnya di dalam Pakatan Harapan. Nampaknya 'putih mata' la...PAS.

Walaupun sebelum ni Azmin macam teragak-agak untuk memilih PAS atau PAN , tapi kini telah terang dan jelas dengan adanya sepanduk PAN berserta muka Azmin adalah satu 'signal' kepada ahli PAS yang mereka perlu menerima hakikat yang Azmin tidak lagi bersama mereka.

“Azmin masih lagi berhati-hati dalam setiap kata-kata yang dikeluarkan kerana mahu menjaga hubungan dengan Pas tetapi kalau gambar Azmin dah terpampang pada sepanduk PAN, kami ahli-ahli Pas boleh menilai sendiri hati Azmin,” kata Marsahid (ahli PAS)

Walaupun selama ni askar-askar Hadi Awang yang menyokong Azmin sebagai Menteri Besar Selangor, tapi dengan desakan DAP mungkin Azmin harus memilih PAN berbanding PAS yang yang telah sah bercerai dengan Pakatan.

Ahli PAS juga tidak menafikan budi mereka kepada Azmin selama ini telah dibutakan oleh jalinan kasih sayang puak Pakatan. Sebab tu..Azmin dikaitkan dengan pepatah ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak”.

Tapi mungkin juga, Azmin tidak mahu bersama PAS kerana PAN dilihat lebih gah kerana adanya sokongan kuat DAP berbanding PAS yang sekarang ini sudah tidak ada sokongan kuat dari mana-mana parti pembangkang yang lain. Tak hairan la kalau Azmin buat macam tu..sebab dia memang suka pentingkan diri sendiri je.

“Tak payah lagi Pas nak rasa was-was dengan Azmin sebab dia dah nyatakan sokongan kepada PAN atas dasar pakatan harapan,” katanya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online