BREAKING NEWS

Puteri UMNO Semporna tetap setia dengan parti walaupun Shafie dikenakan hukuman.


Selepas isu pergantungan DS Shafie Apdal baru-baru ni, ada ahli Umno Semporna yang mengambil langkah yang drastik demi menunjukkan amarah mereka terhadap MT kerana menjatuhkan hukuman pergantungan ahli kepada Shafie.

Agaknya, yang buat macam tu mesti ahli-ahli pro-shafie. Sebab tu kebanyakkan daripada ahli Umno Semporna mengambil keputusan keluar parti. Dasyat betul penangan merajuk ahli Umno di Semporna ni, sepatutnya mereka boleh berbincang atau tunggu keputusan yang seterusnya.

Kalau berdasarkan emosi macam ni la jadinya, namun Puteri Umno di sana masih setia dengan Umno, macam ni baru perjuangan berlandaskan parti. Kalau hanya dengan sokongan terhadap pemimpin saja, parti tidak dsanjung, maka jadi lah ahli yang berhambakan pemimpin semata-mata, sebab tu semua sibuk nak tinggalkan parti.

Rasanya kalau Shafie pun diberi peluang untuk kekal dalam parti, dia pun masih setia. Tapi ahli-ahli pulak yang terlalu ikutkan emosi hingga murtad Umno. Keputusan Puteri untuk mengesa tuduhan keatas Shafie dicepatkan bagi mereka meneruskan perjuangan parti baru boleh disanjung. Walau apa pun yang berlaku nampaknya mereka masih setia.

"Puteri Bahagian itu memilih untuk setia dalam UMNO dan meneruskan wadah perjuangan sehingga tamat tempoh penggal. Ini bagi menghormati mandat perwakilan Puteri yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk meneruskan agenda wanita muda ", Zakiah Kalipunya, katua Puteri Umno Bahagian Semporna

Mungkin, ahli yang lain begitu sayang dengan Shafie, namun tidak relevan jika separuh  daripada mereka mengambil keputusan untuk tinggalkan parti disebabkan isu ini. Sepatutnya, sebagai ahli Umno mereka perlu menghormati keputusan MT walaupun hakikatnya keputusan itu memeritkan.

Namun, langkah yang diambil Puteri ni adalah satu lambang sokongan kepada parti yang perlu ada dalam semua anggota Umno. Mereka pun sudah tentu terasa hati dengan keputusan MT terhadap Shafie, tapi mereka masih waras dan memikirkan tangungjawab mereka sebagai ahli Puteri Umno di kawasan tersebut.

Jika semua ahli tidak menunjukkan sokongan mereka kepada parti, mungkin mereka perlu fikir dengan waras sebelum membuat keputusan hala tuju politik mereka selepas ni, jangan pula terikut dengan PAN yang marah dengan PAS lepas tu cipta pula blok pembangkang yang baru.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online