BREAKING NEWS

Pak Lah tak yakin parti Muhyiddin mampu saingi UMNO


Betul ke ? TS Muhyiddin akan tubuh parti baru. Korang rasa parti baru yang dia nak tubuhkan tu akan bagi impak kepada Umno ke tak, rasanya walaupun Muhyiddin kononnya akan bina blok pembangkang yang baru tapi belum tentu itu akan memberi saigan kepada Umno.

Tengok macam PAN tu, perlu menagih simpati dari DAP semata-mata nak menagih sokongan rakyat. Kalau parti baru Muhyiddin ni, agaknya parti pembangkang mana pulak yang akan tolong promosikan parti tersebut pada rakyat.

Rasanya, mungkin PAN yang akan menyambut kelahiran parti Muhyiddin ni, yela tengok PAN dah pun buka pintu untuk Muhyiddin menjadi ahlinya. Tak mustahil la parti Muhyiddin pulak akan menjadi anak angkat PAN, nampaknya bertambah la macai dalam Pakatakan Harapan.

Walaupun banyak parti pembangkang yang bakal tumbuh bak cendawan, ia sama sekali tak menganggu perjuangan Umno dalam politik. Malah Umno akan lebih perkasa untuk menentang saingan daripada puak pembangkang.

"Sokongan masih kuat...belum boleh sampai, kekuatan ada pada UMNO," kata Tun Abdullah Ahmad Badawi

Umno juga tidak memandang isu ini sebagai satu ancaman, malah akan lebih berusaha untuk menyakinkan rakyat terhadap Umno/BN. Mungkin melalui cara ni dapat membuka mata rakyat yang masih bersama pembangkang untuk menilai kembali parti yang benar-benar bekerja untuk rakyat.

Mungkin juga jika Muhyiddin tubuhkan parti baru, akan wujud sedikit saingan kepada Umno kerana masih ada segelintir pengikut setianya akan berjuang bersama-sama, namun dengan sokongan rakyat yang padu kepada Umno dapat menangkis semua saingan yang diberikan pembangkang.

Justeru, walaupun wujud parti baru tersebut, ia tidak memberi kesan yang negatif terhadap Umno. Malah, rakyat dan anggota Umno memang tertunggu-tunggu menerusi platform politik yang macam mana akan digunakan Muhyiddin untuk meneruskan perjuangan politiknya kelak.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online