BREAKING NEWS

Pemuda UMNO Kedah cabar Muhkriz dan Mahathir buat parti baru


30 JUN 2016 - Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin dah mencabar bekas Menteri Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang telah dipecat dari parti pada minggu lalu, supaya menubuhkan sebuah parti baru untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Amacam?? Berani ke Mukhriz nak tubuhkan parti baru bersama bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.... Kompom tak berani punya dorang ni nak tubuhkan parti baharu.

Mukhriz, Mahathir dan Muhyiddin yang digelar kumpulan 3M ni, bukannya berani ambil langkah macam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu... 3M ni cuma tahu tumpang populariti parti pembangkang jer... Sebab tu tak berani nak tubuhkan parti baharu.

Menurut Shaiful, Mukhriz perlu membuktikan bahawa dirinya mempunyai populariti sendiri tanpa mengharap bantuan jentera Umno/Barisan Nasional, mahupun jentera Pakatan Harapan.

Perkara ini juga dapat membuktikan desas-desus yang mengatakan Barisan Nasional berjaya merampas kembali Kedah dari Pas pada PRU lalu adalah hasil populariti Mukhriz dan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Bagi Pemuda Kedah, ini peluang terbaik Mukhriz membuktikan teori tersebut secara praktikal. Kita amat yakin dan percaya, kemenangan Barisan Nasional Kedah pada PRU yang lalu adalah disebabkan gerak kerja Barisan Nasional dan Umno negeri yang penuh persefahaman di samping komitmen tinggi dan kerja kuat segenap jentera dan ahli parti

"Oleh  yang demikian, adalah tidak adil untuk mengatakan Mukhriz adalah faktor utama kemenangan Barisan Nasional di Kedah pada tahun 2013," kata Shaiful.

Pasal kemenangan Barisan Nasional di Kedah tu.... Dah tak larat dah cakap... Dah berbuih dah mulut bagitau yang pro Mukhriz dan Mahathir ni perasan jer... Padahal kemenangan tu hasil usaha jentera Barisan Nasional/Umno.

Kalau tak percaya juga tak apa.... Suruh 3M ni tubuhkan parti baru sebelum PRU akan datang dan bertanding di Kedah pada PRU akan datang... Kita tengok betul ke tak desas-desus sebelum ni.

Persoalannya.., berani ke Boboi tu nak buat? Tak pun berani ke bapak dia nak tubuhkan parti baru? Nak harap Muhyiddin.., pakai masuk angin keluar asap laaa...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online