BREAKING NEWS

Pemimpin DAP mengaku PAN banyak kelemahan.


30 Jun 2016 - Akhirnya, parti dalam Pakatan Harapan mengaku pun bahawa parti bongsu iaitu Parti Amanah Negara (PAN) yang menggantikan Pas dalam gabungan pembangkang itu sememangnya mempunyai banyak kelemahan.

Dah berbuih dah duk bagitau yang PAN tu memang banyak kelemahan dia... Bukan kuat pun... Kuat bersuara jer ahli dan pemimpin PAN ni.... Tapi habuk pun takda... Tak boleh pakai langsung.... Hahaha.

Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu forum mengakui bahawa PAN merupakan parti yang baru ditubuhkan mempunyai banyak kelemahan sehingga menyebabkan kekalahan dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini.

Oleh demikian, Anthony merasakan PAN yang sering dipersalahkan ekoran kekalahan Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil adalah satu tindakan yang tidak adil memandangkan PAN merupakan sebuah parti baharu yang ditubuhkan dan umurnya tidak sampai setahun lagi.

"Memang kita akui Amanah ini masih banyak kelemahan tetapi kelemahan itu boleh diatasi dengan kerjasama yang baik dalam gerak kerja bersama rakan PH untuk meningkatkan kepercayaan pengundi terhadap Amanah dalam jangka masa panjang. Tidak adil untuk pengkritik di luar hanya mengadili Amanah yang baru setahun ditubuhkan," kata Anthony.

Amboi Anthony... Dah mengaku tu kira dah ok... Tapi siap backup tu yang tak tahan... Tahu laa PAN tu parti adik DAP... Tapi tak payahlah nak 'backup' sangat... Nampak sangat kot!!

Kita rasa tertarik dan nak tergelak dengan kenyataan Anthony iaitu, 'kelemahan PAN boleh diatasi dengan kerjasama' dari DAP dan PKR yang merupakan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.

DAP dan PKR pun terkial-kial nak atasi kelemahan diri... Ada hati nak mengatasi kelemahan PAN bersama-sama... Phuiii!!! Terus terang jelaa DAP dan PKR tak harapkan PAN... PAN perlukan korang untuk berdikari... Kalau korang takda, PAN tak boleh nak berdikari sendiri... Silap haribulan, PAN hanya tinggal nama jer... Hahaha

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online