BREAKING NEWS

Pembangkang makin ketandusan pemimpin


30 Jun 2016 - Macam-macam perangai yang tak senonoh pembangkang ni buat.. Rasanya, memang dah jadi satu tabiat. Macam isu pemecatan TS Muhyiddin dan DS Mukhriz pembangkang sambut hebat sampai pelawa 2M ni untuk bersama-sama parti mereka.

Nampak sangat pembangkang ni dah ketandusan pemimpin, saki baki yang Umno dah buang pun masih lagi nak kutip untuk dipuja sebagai pemimpin. Mungkin dah tak ada calon yang layak di kalangan mereka, jadi masa ni yang paling sesuai untuk memancing bekas pemimpin Umno.

Dulu bukan main lagi pembangkang menghina dan mencaci, pemimpin Umno yang masih kekal dalam parti. Bila ada yang sudah ditendang macam 2M tu mula la pembagkang ni puji kononnya nak bagi dedak supaya duduk bersama pembangkang untuk menentang Umno/BN.

“Perkara ini bukan baru, malah dah berlaku beberapa kali. Sebelum ini, berbagai-bagai kata nista, maki hamun dan gelaran yang diberikan pembangkang kepada bekas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dalam kerajaan, namun sebaik sahaja disingkirkan dari UMNO pada tahun 1998, Anwarlah yang diangkat sebagai hero pembangkang ", kata Ahli Parlimen Pasir Gudang

Ni la perangai tak malu pembangkang, bila ada pemimpin dari Umno yang keluar mula masuk jarum, merayu untuk bersama mereka. Mungkin pembangkang ingat bila ada pemimpin daripada Umno , mereka ada kekuatan yang baru untuk menjatuhkan Umno.

Perkara ni sama sekali tidak mengejutkan, sebab memang semua pemimpin bekas Umno akan diangkat menjadi ketua yang terhormat bagi pembangkang. Macam Tun M sudah dianggap tuan besar di dalam Pakatan Harapan.

Mungkin juga, 2M tu tidak terkecuali menjadi mangsa pembangkang yang seterusnya, kerana pembangkang dilihat jelas ketandusan pemimpin. Tambahan lagi, menjelang PRU14 makin rancak la pembangkang menagih mana-mana bekas pemimpin untuk bekerjasama.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online