BREAKING NEWS

PAS tetap kekal relevan tanpa Pakatan Harapan.


PAS kononnya tidak menerima tempias hasil penceraian mereka bersama Pakatan Harapan sehingga menjanjikan kekalahan semasa PRK. Malah PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga PAS dilihat sedikit kebelakang daripada PAN yang  turut disokong kuat oleh Azmin.

Kekalahan PAS juga digambarkan dari aspek yang positif oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau berkata dakwaan PAN yang mengatakan rakyat menolak parti Islam itu dan masa depan PAS sudah gelap kerana tiada sokongan, bukan menjadi faktor kekalahan mereka.

Walaupun PAN memberi tekanan kepada PAS dalam PRK kali ini ia tidak menjejaskan undian rakyat kepada PAS hingga ke tahap kritikal seperti mana yang digambarkan PAN. Mungkin jika tidak bersama pakatan PAS akan lebih menonjol kerana tidak mengharapkan mana-mana sokongan lain dan hanya mengharapkan jentera PAS saja.

Oleh itu, Tuan Ibrahim juga mengucapkan tahniah kepada BN kerana menang majoriti di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Nampaknya, PAS tidak mengharapkan untuk  mengalahkan BN tapi cukup hanya undian rakyat terhadap PAS yang masih lagi ada bagi menunjukkan kepada PAN yang PAS masih kekal relevan walaupun tanpa pertolongan pakatan.

"Kita dah tahu keputusannya BN berjaya mengekalkan kerusi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kemenangan tersebut tidak boleh dipertikaikan lagi lebih-lebih lagi dengan majoriti yang cukup besar ", katanya

Dalam pada itu, PAS merasakan mereka masih mempunyai harapan untuk membentuk parti yang baik menjelang pru-14 kerana pada tahap ini PAS tetap dihadapan pakatan, kononnya kekalah PAS kali ini adalah bermaruah.

PAS juga turut salahkan pihak yang menakutkan kaum cina tentang RUU kerana hal ini dapat mencacatkan undian bukan melayu kepada PAS. Tapi hal ini sendiri telah dijelaskan oleh DS Najib bagi menghalang salah faham tersebut berlarutan. Sepatutnya hal ini tidak menjadi isu kekalahan yang dikatakan PAS.

Mungkin, sedikit sebanyak PAS masih menyalahkan pelbagai pihak diatas kekalahan mereka semasa PRK tanpa menilai dahulu kepincangan yang ada di dalam parti tersebut. Nampaknya, PAS hanya membuat konklusi faktor kekalahan yang datang dari pihak lain, tapi bukan membincangkan kelemahan dalaman parti itu sendiri.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online