BREAKING NEWS

BN akan rampas kembali Selangor dari Pakatan pada PRU14


Kemenangan BN di Sungai Besar menjanjikan peluang yang cerah untuk BN merampas kembali kerajaan Selangor yang ditunjangi oleh PKR. Kemenangan besar BN di sana mengambarkan sokongan rakyat yang kuat untuk beralih kepada pimpinan kerajaan BN.

Mungkin rakyat mahukan perubahan kerana pembangkang tidak membawa apa-apa perubahan sedangkan sudah lama menjadi pemimpin kerajaan Selangor. Dengan beralih kepada BN, nasib rakyat akan terbela dan perlaksanaan pembangunan di Sungai Besar dapat dipertingkat.

TS Noh Omar berkata, kemenangan BN ini dilihat satu 'seruan' untuk jentera BN Selangor terus berjuang untuk PRU-14. Melalui cara kerja jentera BN yang ditunjukkan dapat memastikan Selangor kembali kepada kerajaan BN dalam PRU yang akan datang.

"Saya lihat strategi dan cara kita bekerja di sini boleh dikembangkan ke seluruh Selangor untuk mengembalikan semula negeri ini kepada BN," katanya

Selain itu, anggota UMNO mendapat semangat baru dalam kemenangan ini untuk merampas kembali negeri Selangor daripada pembangkang. Ahli UMNO dan BN  meniup semangat melalui perpaduan dan sepakatan untuk mengendalikan jentera BN supaya mengembalikan maruah parti yang pernah tercalar kerana tewas kepada pembangkang dulu.

"Setelah kita kalah pada PRU sebelum ini, ia amat memberi kesan mendalam namun kita cuba dapatkan balik semangat itu menerusi PRK ini ", katanya

Kemenangan BN adalah bukti peningkatan kerja parti komponen dan sayap UMNO yang tidak pernah henti, malah untuk PRK kali ini semangat kerjasama yang baik di antara satu sama lain membuka ruang untuk kemenangan BN. Rakyat juga memainkan peranana yang penting bagi memastikan BN menang majoriti di Sungai Besar. - HanezDot

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online