BREAKING NEWS

Mat Sabu cuba hasut Rani masuk PAN


Rupanya belum habis lagi provokasi murahan Mat Sabu ni, tak habis-habis nak suruh PAS tarik diri untuk bertanding di PRK Sungai Besar. Kononnya sekarang nak ajak pulak calon PAS Abdul Rani untuk menjadi ahli PAN dan bersama Pakatan Harapan, mungkin mainan politik kotor ini yang diajar DAP kepada Mat Sabu.

Jadi korang rasa PAN boleh menang ke ??. Walaupun dah banyak kali Mat Sabu mengesa PAS untuk tarik diri, peluang PAN masih juga tipis kerana lawannya adalah parti gergasi BN. Mungkin juga, PAN mahu menarik undian PAS kepada PAN, hal ini dapat meningkatkan undian rakyat kepada PAN jika hanya satu parti pembangkang saja yang akan menentang BN.

Oleh itu, Mat Sabu sedaya upaya mahu menarik Abdul Rani untuk bersama mereka, tindakan kejam Mat Sabu akan membolehkan PAS kalah sebelum bertanding . Boleh jadi, situasi ini mungkin akan berlaku sebab Abdul Rani memang selama ini mesra PAN, walaupun telah menjadi calon untuk wakili PAS di parlimen Sungai Besar.

“Saya terbuka untuk terima beliau untuk sertai Pakatan Harapan..tak kisahlah dia nak masuk Amanah ke, PKR ke, atau DAP pun boleh,” katanya

Mat Sabu yang menjadi pak turut DAP juga, telah bersatu hati dengan Kit Siang yang turut mempelawa Abdul Rani untuk bersama-sama Pakatan, kononnya mereka percaya di Sungai Besar PAS sudah jauh ketinggalan berbanding PAN. Oleh itu, Abdul Rani perlu meninggalkan PAS dan menyertai mana-mana parti yang ada dalam Pakatan.

Selain itu, PAN juga menyatakan mereka sedang mendahului BN di Sungai Besar, sebab tu.. Mat Sabu rasa PAS macam tak layak untuk bersama-sama PAN menentang BN.

 Jadi tindakan ini kononnya wajar untuk memberi peluang kepada PAN bagi PRK kali ini, boleh jadi ia juga hanya mainan politik kotor PAN untuk menentang PAS.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online