BREAKING NEWS

DAP suka bila pembangkang melayu berpecah.


Tak hairan la...kalau ada pembangkang yang memang gila kuasa, macam DAP. Kalau boleh, semua dia nak jadikan khadam dan pak turut, bagi menyokong segala tindakan songsang yang dilakukannya kepada rakyat.

Menurut Norman Toha, perpecahan diantara ahli-ahli PAS juga terjadi akibat daripada DAP, yang  telah merancang dengan teliti untuk menghasilkan sebuah parti baru berlandaskan imej parti islam tersebut. Mungkin DAP mula sedar PAS semakin menolak corak pimpinan mereka.

“Saya berpandangan bahawa perpecahan itu merupakan satu perpecahan yang dirancang, yang  diokestrakan oleh Dap apabila mereka melihat pimpinan Pas sejak akhir-ahir ini tidak berapa selesa dengan pembawaan dan pendekatan Dap dalam mendapatkan kekuasaan di negara ini ", katanya

Nampaknya, hasil kerja DAP bagi memecah belahkan dalaman PAS telah berhasil dengan wujudnya PAN yang diketuai oleh bekas pemimpin PAS, Mat Sabu. PAN merupakan kuda tunggangan atau lebih sesuai dikatakan khadam DAP ini telah mengantikan PAS setelah PAS sah bercerai dengan Pakatan.

Mungkin juga, dengan adanya PAN, DAP tidak kehilangan parti imej melayu dalam agendanya untuk membolot semua kuasa di negara ini. Tapi bagi rakyat mereka tidak melihat PAN seperti parti malayu kerana PAN dilihat hanya menjadi khadam DAP semasa PRK, sebab tu PAN hanya mendapat undian tinggi daripada bukan melayu.

Jelas perpecahan PAS adalah rancangan jahat yang diatur oleh DAP untuk mengekalkan undi melayu kepada Pakatan. Walaupun DAP telah bersiap sedia dengan adanya PAN ia tetap tidak dapat mengubah undi PAS kepada PAN yang sudah jelas berlaku dalam PRK.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online