BREAKING NEWS

Parti Mat Saboo dah habis modal nak kutuk BN.


Memang nampak sangat  Salahuddin Ayub ni dah kehabisan modal nak kutuk BN, sampaikan poster BN yang tak diletakkan muka DS Najib pun dia nak jadikan isu politik. Agaknya dah kering idea la tu nak putar belitkan cerita untuk menarik perhatian rakyat.

Isu politik sampah macam ni pun masih nak di canangkan kepada umum, patutlah pemimpin PAN ni sering dijadikan bahan ketawa oleh rakyat. Rupanya mereka semua ni memang bleh jadi pelawak, kalau nak suruh masuk program maharaja lawak pun rasanya tak jadi masalah bagi pemimpin PAN.

Tuduhan yang sama sekali tidak berasas ni sepatutnya tidak keluar dari mulut seorang pemimpin, tapi bagi PAN semua isu dianggap boleh dipolitikan untuk mengeruhkan lagi keadaan puak pembangkang dan kerajaan BN.

Kononnya Salahuddin menuduh BN tidak mempamerkan wajah Najib di poster-poster semasa berkempen,  sebab takut Mastura kalah di Kuala Kangsar. Malangnya, tuduhan Salahuddin tu umpama tak ukur baju di badan sendiri.

Bila diperhatikan poster PAN di sekitar kawasan parlimen Kuala Kangsar juga tak ada muka DS Wan Azizah yang merupakan ketua pembangkang malah muka Presiden PAN Mat Sabu tak ada juga di dalam poster calon PAN Ahmad Termizi.

Pelik betul tuduhan Salahuddin ni, mungkin dia masih ingat poster masa zaman Mahthir dulu yang penuh dengan gambar ketua parti di letakkan bersama. Poster yang Salahuddin maksudkan tu dah ketinggalan zaman, kalau PAN pun letak gambar calon je tak kan pulak BN nak kena letak muka Najib. Malah calon PAS pun tak ada letak muka Hadi Awang.

Walaupun PAN mencari modal untuk berkempen, rasanya tidak perlu mengaitkan isu murahan macam ni. Boleh jadi, ini akan menjatuhkan kredibiliti parti PAN dan pemimpin yang menerajui PAN. Cari la... modal yang lebih meyakinkan rakyat,bukan dengan guna cara murahan seperti ni untuk menagih perhatian.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online