BREAKING NEWS

Ahli2 PAS tak suka pada Abdul Rani di Sungai Besar??


Betul ke pemimpin PAS tak suka pulak kat Abdul Rani ??..desas-desus ni telah dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAN Abas Azmi, menurutnya ada dikalangan pemimpin PAS mahu Abdul Rani menarik diri untuk bertanding dalam PRK kali ini.

"Saya tak boleh beritahu siapa di antara pemimpin Pas terbabit tetapi itulah yang disuarakan kepada Abdul Rani baru-baru ini ", katanya

Kenyataan Abas jelas mengambarkan masalah politik dalaman PAS yang terjadi akibat memilih Abdul Rani sebagai calon PAS di Sungai Besar. Mungkin, sikap Abdul Rani yang mesra PAN telah menjadikan masalah kepada PAS. Rasanya calon PAS ni ada kekeliruan identiti sama ada dia PAN atau PAS.

Ura-ura mengatakan Abdul Rani juga telah membuat kejutan dengan menghadirkan diri di majlis berbuka puasa yang  dianjurkan PAN bagi tujuan berkempen. Mungkin juga sebab ni pemimpin PAS tidak berkeyakinan di atas pencalonan Abdul Rani.

PAS juga tidak memberi sebarang impak yang berkesan untuk PRK di Sungai Besar dan PAS juga kurang menonjol berbanding parti yang lain. Boleh jadi, sebab ni pemimpin PAS lebih meragui untuk meletakkan Abdul Rani sebagai calon.

Dalam pada itu, kempen PAS juga tidak mendapat sambutan dari rakyat dan hambar. Jika calon PAS pun masih lagi bersikap macam tu, tidak dinafikan PAS akan menjadi parti tercorot di dalam PRK kali ini.

Mungkin juga, Abdul Rani ada muslihat bersama PAN kononnya bila cadangan pemimpin PAS mengesa Abdul Rani untuk menarik diri, tiada sebarang respons yang dilakukan calon PAS tersebut, malah lebih mesra bersama PAN dari sebelum ini.

Adakah ini 'signal' Abdul Rani untuk menjatuhkan PAS ?? dan berpaling tadah pada saat-saat akhir untuk bersama PAN...tidak mustahil untuk Abdul Rani berbuat demikian kerana hubungan mesra dia bersama PAN sangat jelas.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online