BREAKING NEWS

PAN tak payah bertanding PRU14 jika berperangai budak-budak.


PAN dijadikan tumpuan serangan semasa PRK lalu kerana pemimpin PAN sendiri mengeluarkan isu yang kurang rasional untuk dibahaskan, puak sekutu PAN iaitu Pakatan Harapan juga tidak terkecuali membawa permainan politik kotor semasa di PRK.

Bila dah kalah macam-macam pula masalah yang berbangkit, kononnya serangan hanya ditujukan kepada PAN dan kurang kepada PAS, sebab tu pepecahan undi berlaku dan menyebabkan kemenangan berpihak kepada BN.

Alasan yang tidak pernah kering dari pemimpin PAN hanya membawa keburukkan kepada parti mereka, salahkan pelbagai pihak juga mengambarkan PAN tidak mengamalkan politik yang matang. Walaupun masih baru , tetapi PAN ditunjangi oleh pemimpin yang sudah lama di dalam arena politik.

"Serangan hanya ditumpukan kepada Amanah sahaja.  Hanya Amanah mewakili Pakatan Harapan mendapat serangan daripada dua penjuru BN dan Pas. Model PRK ini telah menguntungkan BN dan boleh memberi kemenangan berganda kepada BN dalam PRU14 (Pilihan Raya Umum 14),” kata Suhaizan Kaiat

Serangan kepada parti PAN sendiri juga berpunca daripada sikap ahli dalaman parti, bukan kerana BN mesra PAS jadi serangan hanya tertumpu kepada PAN. Bagi parti yang masih baru pemimpin PAN perlu mencari asas perjuangan parti sendiri untuk meyakinkan rakyat.

Jika PAN masih bersikap kebudak-budakkan, PRU-14 masih tidak layak untuk disertai PAN. Rakyat juga tidak pasti arah tuju yang diperjuangkan oleh mereka. Mungkin juga, PAN hanya dikenali sebagai bayang-bayang DAP.

Justeru, kekalahan PAN di PRK boleh dijadikan kenangan dan pemimpin PAN juga tidak perlu 'meroyan' untuk menyalahkan pelbagai pihak. Lebih baik menjadikan ini satu pengajaran kepada parti PAN untuk lebih bersaing semasa PRU-14. Itu pun kalau Pakatan Harapan pilih PAN untuk bertanding sekali lagi

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online