BREAKING NEWS

Mat Sabu harap DAP bantu PAN untuk jadi lebih kuat.


Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengakui bahawa parti serpihan itu memang tidak kuat sekiranya tidak dibantu oleh PKR dan DAP.

Mengaku pun parti tak kuat... Ingatkan tak mau mengaku dah... PAN memang tak kuat tara mana pun... PAN tu kalau nak lawan dengan Pas atau Umno, baik lupakan jela hasrat tu... Ahli pun baru ada berapa kerat, ada hati nak lawan dengan parti yang telah bertahun ditubuhkan.

Tengok jelaa dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar... PAN dapat undi sama banyak dengan Pas pun sebab dapat sokongan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan...

Kalau harap sokongan PAN jer, rasanya undi PAN dapat tu sama banyak dengan calon bebas PRK Kuala Kangsar jer!!! Hahaha.

Mat Sabu berkata, PAN jika berseorangan memang diakui tidak hebat dan kuat seperti yang didakwa Pas... Tapi PAN tidaklah selemah seperti yang dijangka parti Islam itu sehingga akan hilang deposit jika bertanding dalam pilihan raya.

Tambah Mat Sabu, walaupun PAN bukan sebuah parti yang kuat, namun PAN menjadi kuat apabila parti serpihan itu bersama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan.

"Berseorangan kami tidak kuat. Tetapi tidaklah sampai ke tahap hilang deposit. Kekuatan Amanah terletak pada Pakatan Harapan," kata Mat Sabu.

Dalam masa sama, Mat Sabu turut berangan bahawa PAN akan menjadi lebih kuat dan mampu setanding dengan Pas sekiranya parti itu telah menjangkau usia 2 tahun penubuhannya.

"Kita hanya berumur lapan bulan, jika kita berusia dua tahun, mungkin kekuatan kita akan berbeza," katanya.

Yang ni paling lawak....  Mat Sabu punya angan memang tak pernah jatuh... Tinggi gila angan-angan Mat Sabu... Kalah angan-angan Mat jening.... Hahaha.

Sudah-sudahlah berangan Mat Sabu oiii... Pas, DAP dan PKR yang bertahun pun susah nak jadi kuat... Ini kan pula PAN yang ditubuhkan disebabkan mahu jadi khadam DAP... Memang tak ada laa kekuatan langsung laa jawabnya!!

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online