BREAKING NEWS

Mukhriz dan Muhyidin kena pecat dari UMNO.


Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebentar tadi telah sebulat suara memutuskan untuk memecat bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dari parti UMNO.

Turut menerima nasib yang sama ialah anak lelaki Tun Mahathir iaitu Mukhriz yang sebelum ini kehilangan jawatan Menteri Besar Kedah.

Manakala, Shafie Apdal pula digantung keahlian UMNO sehingga satu tarikh yang diberitahu kelak.

Pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz ini disifatkan sebagai langkah yang amat bijak dilakukan oleh MT UMNO. Ini kerana kedua-dua individu berkenaan sebelum ini bertindak menyebelahi pembangkang didalam menyerang kerajaan.

Shafie pula dianggap bernasib baik kerana hanya digantung keahlian, dan masih berpeluamg untuk menghidupkan usia politik beliau didalam parti serta negara.

Ketiga-tiga individu berkenaan sebelum ini amat lantang menghentam kerajaan dan mengeluarkan beberapa kenyataan fitnah bersama Mahathir.

Kemuncaknya, mereka bersama Mahathir bergabung dengan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Najib Razak.

Oleh kerana itu, pemecatan Muhyiddin serta Mukhriz bukan sahaja bagi menjaga imej UMNO, tetapi ianya juga sekaligus menjaga maruah ahli UMNO keseluruhannya.

Mungkin masa depan politik Muhyiddin dan Mukhriz lebih cerah didalam PAN pimpinan Mat Sabu selepas ini.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online