BREAKING NEWS

Kesian Mahathir.., Bersekongkol dengan DAP dan PAN hanya bawa malapetaka


Hubungan Mahathir bersama blok pembangkang dilihat tidak membawa apa-apa kebaikkan malah akan menjadi malapetaka, lebih-lebih lagi bila bersama  DAP dan PAN. Jika Mahathir terus bersama mereka mungkin akan membawa kemudaratan kepada orang melayu.

Walaupun Mahathir hanya mahu menggulingkan DS Najib tapi ia akan memberi kesan penuh kepada orang melayu dan juga kesan buruk kepada negara. Kredibiliti Mahathir yang dulu meletakkan melayu di aras yang tinggi tapi sekarang beliau pula yang tak sabar-sabar nak jatuhkan orang melayu.

Sebab tu, Tun Abdul Hamid Moha­mad memberi amaran kepada Mahathir supaya menghentikan kerjasama bersama DAP kerana ia akan membawa kemudaratan yang tidak disangka. Hanya kerana dendam kepada Najib, Mahathir sanggup menjual kerajaan kepada pembangkang.

“Saya juga merasa sedih melihat Dr. Mahathir, di masa tua dan uzur, bersama-sama musuh politiknya yang berdekad-dekad, berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang dipertahankannya sekian lama ", katanya

Mungkin juga, Mahatir sudah lupa dengan pengorbanannya selama ini pada negara dan membuka peluang serta ruang kepada pembangkang untuk menghancurkannya. Rasanya perjuangan Mahatir akan menjadi lebih songsang dengan kehadiran sokongan DAP dan PAN.

“Apa jadi kepada pengorbanannya selama ini? Walaupun ada perkara yang saya tidak bersetuju dengan beliau, tetapi, saya ingin terus menghormati beliau di atas pencapaiannya dalam perkara-perkara lain yang saya kagumi itu,” katanya

Rasanya, kekesalan yang amat dirasai oleh semua pihak disebabkan Mahathir mahu berjuang bersama pembangkang dalam PRK lalu. Sedangkan sebelum ini beliau menjadi ikon yang sangat dihormati kepada rakyat, tapi sekarang beliau memilih untuk bersama pembangkang.

Mungkin, Mahathir bukan hanya buta mata tapi juga hati  kerana tidak dapat melihat risiko yang akan ditanggung orang melayu melalui kerjasama itu. Boleh jadi, pembangkang akan beralih arah dan tinggalkan Mahathir setelah agenda mereka tercapai. Nasib melayu juga tidak dapat dibela sekiranya perkara ini berlaku.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online