BREAKING NEWS

Mahathir suruh rakyat pilih Anwar atau DAP untuk jadi Perdana Menteri


Apa nak dikata lagi dengan orang tua yang pernah menjadi pujaan ramai pemerhati politik di Malaysia ni beb.. Kalau dulu dia sibuk nak sumbat Anwar ke dalam penjara, sekarang ni dia boleh pulak suruh rakyat pilih Anwar untuk jadi Perdana Menteri..

Mahathir dalam satu kenyataan ketika temubual dengan Malaysiakini, menggesa rakyat supaya jatuhkan pemimpin yang sedia ada dan pilih pemimpin baru tak kiralah dari DAP atau PKR.

Dan kalau dulu Mahathir sibuk labelkan DAP sebagai komunis dan parti yang langsung tak boleh dipercayai, sekarang ni dia memilih jalan munafik dengan kata pemimpin DAP juga patut diberi ruang untuk jadi Perdana Menteri.

Kenapa orang tua ni jadi macam tu? Puncanya cuma satu.., iaitu dendam kesumat yang sangat tebal dalam dirinya kepada Najib Razak yang dikatakan menyekat peluang untuk anak dan kroninya bermaharajalela didalam negara.

Mahathir lupa bahawa Tuhan lebih berkuasa dan juga Tuhan lebih tahu siapa yang lebih layak menjadi pemimpin utama negara Islam seperti Malaysia. Mahathir ketika berkuasa dulu juga dipilih oleh Tuhan.., dan kini Najib juga diredhai oleh Tuhan untuk menjadi Perdana Menteri.

Siapakah Mahathir untuk menentang kehendak Tuhan? Mahathir fikir, hanya kerana dia pernah memerintah selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, maka dia boleh tentukan siapa yang memegang jawatan Perdana Menteri??

Kalau Mahathir berasakan dia mampu untuk mencatur politik negara, dia silap beb. Mungkin dulu dia hebat dengan pemerintahan gaya kuku besi yang menutup semua kebebasan bersuara didalam negara. Tapi sekarang zaman dimana semua orang boleh bersuara dan lebih terbuka.

Bayangkan.., dengan semua media yang ada, kepimpinan Najib masih lagi kukuh dan juga Najib masih tak goyang memerintah negara. Yang meroyan teruk-teruk adalah Mahathir sendiri hinggakan terpaksa keluar dari UMNO.

Rakyat kini sedang melihat bagaimana Mahathir gagal untuk menjatuhkan Najib sepertimana yang dibuatnya untuk memaksa Tun Abdullah meletakkan jawatan. Generasi muda juga sedang menyaksikan bagaimana seorang negarawan semakin hilang maruah sendiri kerana tersilap bermain politik.

Kesian bila melihat Mahathir kii terpaksa menjilat semula 'kaki' DAP untuk cari sokongan.. Kesian sangat bila Mahathir sanggup jaja nama Anwar untuk tarik perhatian rakyat. Kesian dan sangat-sangat memalukan...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online