BREAKING NEWS

DAP Penang songlap duit Terowong bawah laut???


Banyak betul penyelewengan yang dilakukan kerajaan DAP Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng... Sampai dah tak larat nak senaraikan dan buat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)... Buat laporan pun, SPRM duk melambat-lambat siasatan...Macam duk pertahankan si pesalah pula.

Sebelum ni, kerajaan DAP dilaporkan melakukan penyelewengan dalam projek pembinaan laluan berbasikal di negeri itu... Projek laluan berbasikal yang menelan belanja hampir 30 juta itu dilaporkan tidak setaraf dengan hasilnya.

Mana taknya... Kerajaan DAP memaklumkan projek tersebut memakan modal sehingga 30 juta kerana akan ada pengubahsuaian bagai... Tapi bila dah siap... Rupa-rupanya laluan berbasikal tu hanya dicat diatas pejalan kaki... Dah tu, cat pulak tak berkualiti.... Baru beberapa hari dibuka kepada orang ramai, cat laluan berbasikal tersebut mulai tertanggal.

Yang kedua.... Kerajaan DAP 'kantoi' melakukan penyelewangan dalam penjualan tanah Taman Manggis... Tanah Taman Manggis yang telah digazetkan untuk rumah kos rendah telah dijual oleh kerajaan DAP kepada pihak pemaju untuk menaikkan hospital swasta dan hotel bertaraf 5 bintang... Dah tu, jual pula tanah tersebut dengan harga yang cukup murah.

Bila disiasat kenapa tanah tersebut dijual dengan begitu murah... Rupa-rupanya ada kaitan dengan Guan Eng... Pemaju yang membeli tanah Taman Manggis tu merupakan pemilik banglo Guan Eng... Guan Eng beli banglo tersebut dengan harga dari pasaran... Jadi sebagai balasan, Guan Eng pun jual lah dengan harga yang murah juga.

Itu penyelewang yang sudah dibawa ke SPRM... Yang terbaru pula... Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang dipercayai telah menyeleweng projek terowong bawah laut...Korang pun tahukan kerajaan DAP beriya-iya nak membina terowong bawah laut... Sedangkan Pulau Pinang sudah mempunyai 2 jambatan menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar.

Bila DAP pulun sangat nak bina terowong bawah laut ni tak apa lah... Tapi projek ini menimbulkan satu perasaan syak wasangka... Kos kaji selidik untuk melaksanakan terowong ini terlalu mahal.

Disebabkan projek ini dipercayai berlaku penyelewengan... Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan hari ini telah membuat satu laporan di SPRM Pulau Pinang sebentar tadi.

Laporan ini dibuat bukan mahu menuduh Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang melakukan penyelewengan... Tetapi laporan ini dibuat bagi pihak berkuasa menyiasat sama ada berlaku penyelewangan ataupun tidak.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online