BREAKING NEWS

Kit Siang nak jadi Penasihat PAS lah pulakkk...


Mungkin Kit Siang tak 'lena' tidur sebab PAS kalah dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar lepas, boleh jadi sekarang Kit Siang nak ambil kesempatan ini untuk cuba mengatur hala tuju PAS bagi Pilihan Raya Umum ke 14.

Kononnya nasihat Kit Siang mahu membantu PAS kekal meraih undi rakyat, tapi cadangan Kit Siang ini akan menguntungkan puak PAN kerana Kit Siang mahu PAS cuma bertanding dalam beberapa buah negeri saja bagi pru akan datang, tapi PAN akan bertanding dikesemua negeri kecuali negeri yang telah diwakili PAS.

“Saya mencadangkan agar Pas menumpukan perhatian mereka dengan bertanding di empat negeri sahaja dalam PRU akan datang bagi mengelak pertembungan tiga penjuru seperti apa yang telah berlaku dalam dua PRK baru-baru ini ", katanya

Nampaknya, Kit Siang cuba nak atur PAS untuk memberi manfaat kepada PAN, jika PAS hanya boleh bertanding di Kelantan, Terengganu , Kedah dan Perlis, PAN akan membolot semua kuasa pembangkang. Jadi ia tidak adil untuk PAS kerana PAS bukan lagi salah satu parti yang bersama Pakatan Harapan, sekarang PAS bebas untuk bertanding di mana-mana negeri saja.

“Pas sepatutnya hanya tanding di empat negeri ini iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, manakala Amanah boleh tanding di negeri-negeri lain. Terpulanglah bagaimana kata sepakat boleh dicapai antara kedua-dua parti ini,” katanya.

Agaknya PAS juga akan menolok dan tidak bersetuju dengan cara Kit Siang untuk memberi kerusi PAS kepada PAN. Mungkin juga, Parti islam tersebut ada cara tersendiri untuk membentuk parti mereka setelah sekian lama bersama DAP tapi sekarang Kit Siang pula yang pandai-pandai nak atur cara berpolitik PAS.

Sebelum ini PAS juga telah menegaskan tidak mahu bersama DAP lagi, tapi DAP yang tidak serik cuba untuk huru-harakan parti PAS. Sekarang nak campur tangan pula mengenai kerusi yang patut PAS bertanding, mungkin DAP masih tidak boleh 'move on' untuk terima hakikat PAS bukan lagi kuda tunggangan mereka.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online