BREAKING NEWS

Calon PAN Sungai Besar tak malu mengaku keturunan Pahlawan.



Sebelum ini beberapa orang pimpinan parti PAN menghina PAS berpakaian seperti pahlawan pada muktamar PAS baru-baru ini. Khalid Samad dan Mujahid Yusof Rawa pulak mengatakan PAS mabuk kerana memakai pakaian tradisi melayu tersebut.

Bukan sahaja mabuk dan juga tidak waras.., ada dikalangan pemimpin serta penyokong PAN menggelarkan PAS sebagai politik Pendekar Mustar. Begitu hina sekali pemakaian serta imej pahlawan melayu dimata PAN yang merupakan balaci DAP.

Tetapi, hari ini Tuhan membayar 'cash' apa yang dibuat oleh PAN tempoh hari. Di dalam kempen di Kuala Selangor, Calon PAN mengeluar risalah yang mengatakan dia adalah keturunan pahlawan. Siap dalam gambar tersebut meletakkan gambar keturunannya bertanjak.

Sekarang ini siapakah yang mabuk? Siapakah yang kurang waras dan siapakah pula yang mahu berlagak seperti Pendekar Mustar??

Di manakah Khalid Samad mahu letak muka selepas menggelarkan PAS macam-macam selepas isu berpakaian pahlawan?

Harap Khalid dan juga seluruh penyokong PAN dengan tenang hati menjilat kembali ludah mereka yang melabelkan PAS sebagai mabuk dan tak waras sebelum ini. Akibat kebodohan sendiri, kini PAN tak ubah seperti parti badut yang hanya tahu membuat lawak tak jadi.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online