BREAKING NEWS

Anak2 Mastura gembira BN menang di Kuala Kangsar


Datin Mastura Mohd Yazid yang mewakili Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar amat bersyukur dengan kemenangan yang diperolehinya... Beliau menganggap kemenangan tersebut sebagai hadiah terindah buat Allahyarham suaminya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Bukan itu sahaja, sinar kegembiraan turut terpancar di wajah anak-anaknya tak kala mereka bertungkus lumus sesama adik beradik untuk menjayakan kempen yang dijalankan hampir dua minggu tersebut.

Seorang daripada anak Mastura, Wan Emir Astar berpuas hati dengan kemenangan ibu mereka... Iyelaaa sebab Mastura kan masih dalam tempoh iddah jadi anak-anaknya la yang tolong berkempen. Wan Emir menyifatkan mewakili ibunya berkempen adalah pengalaman penuh istimewa dan bermakna buat keluarga mereka.

Memandangkan mereka semua akan kembali untuk menguruskan kerjaya masing-masing... Namun begitu kewajiban terhadap ibu mereka tidak akan pernah mereka lupakan. Mereka juga akan membantu ibunya untuk memikul tanggungjawab baru itu.

“Kami akan berbincang (sesama adik-beradik), tetapi sebagai anak tentulah kami akan berbakti kepada ibu buat selamanya.

“Islam sendiri menyebut ibu perlu diutamakan, malah sebanyak tiga kali kemudian barulah bapa, apatah lagi kini bapa sudah tiada,” katanya selepas pengumuman kemenangan ibunya di Dewan Jubli Perak, malam tadi.


Berkat jasa empat orang anak,  iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Ammar menjadi pembakar semangat kepada Mastura bagi meneruskan amanah yang ditinggalkan arwah suaminya.

“Saya ingin menyatakan penghargaan khas untuk semua orang Kuala yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil mereka di Parlimen.

“Akan saya balas dengan iltizam merealisasikan lima agenda yang telah dikemukakan. Amanah yang diberi ini akan saya cuba laksanakan sepenuh daya,” katanya yang terharu dengan kemenangan itu dalam sidang media di kediamannya malam ini.


Mastura mendapat 12,653 undi dan mengalahkan Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS)  yang meraih 5,684 undi, manakala calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) (54 undi)

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online