BREAKING NEWS

Pembangkang Bodoh kerana percaya pada Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PAS cuba melamar Umno kerana ia memerlukan sokongan selepas ditinggalkan keseorangan.

Beliau mendakwa PAS tidak akan mengkritik Najib kerana sebagai sebuah parti yang keseorangan tanpa ada sokongan, ia perlu mendapatkan bantuan Najib.

"Bantuan dalam bentuk apa, saya tak tahu," kata Dr Mahathir dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di forum anjuran DAP di Sekinchan.

Sebelum ini Mahathir ini pernah menipu mengatakan tidak mustahil untuk Pas menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) 18 Jun ini.

Katanya, itu jika berlaku pertandingan dua penjuru memandangkan hubungan baik antara Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sekarang nampak terbukti Mahathir kaki tipu apabila PAS bertanding walaupun 'berperang' 3 penjuru di kedua-dua PRK.

Dan dulu, setiap perkataannya tak pernah betul. Dia juga mengatakan Anwar Ibrhim liwat, ada langgan perempuan seks dan menjual maklumat kepada luar. Tapi akhirnya hanya sekandal seks je dibawa ke mahkamah.

Itu baru satu isu. Ada berpuluh-puluh isu yang menunjukkan Tun Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia termasuklah isu Proton dan Perwaja.

Tapi kenapa hari ini cakap Mahathir semuanya jadi benar di mata pembanglang kerana dia serang Najib? Dia seolah-olah sudah suci dan jadi ulama besar yang semua cakapnya adalah benar dan dipercayai.

Pakatan Harapan dah jadikan da ini sebagai HERO.

Persoalannya.., pernahkan Tun Mahathir bertaubat mengaku kesilapan lalu? Mahukah dia mengaku DAP yang dipujanya kini sebagai komunis sepertimana yang dia katakan dulu?

Malangnya sekarang ramai orang dah jadi pendokong 'mahazalim' ini kerana politik sempit mencari kemenangan bukan kebenaran. Bukan mencari keredhaan Allah.

Yang penting, boleh Percaya ke lagi pada orang tua nyanyuk tersebut??

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online