BREAKING NEWS

Guan Eng jangan buat lawak isu Terowong bawah Laut.


Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang

Isnin, 13 Jun 2016

Terowong Bawah Dasar Laut & "Jambatan Ketiga Pulau Pinang"

" Adalah amat menghairankan secara tiba-tiba Ketua Menteri Pulau Pinang mencadangkan pembinaan "Jambatan Ketiga" menghubungkan Bagan Ajam dan Persiaran Gurney setelah beliau dengan bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran dan keperluan pembinaan terowong bawah dasar laut bagi jajaran yang sama atas alasan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bahagian Pulau.

" Kenapa Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tiba-tiba seperti berubah hati mengenai terowong bawah dasar laut sekarang?

" Apakah dapatan Kajian Kebolehlaksanaan yang 83% siap dilaksanakan menunjukkan pembinaan terowong bawah dasar laut adalah tidak wajar dan tidak sesuai dilaksana atau dengan kata mudahnya "not feasible" ?

" Kerajaan Negeri digesa untuk menjelaskan samada Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membayar ganti rugi atau pampasan kepada Konsortium Zenith-BUCG atau lain-lain syarikat pembinaan yang telah menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya cadangan pembinaan terowong bawah dasar laut itu dibatalkan.

" Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga perlu memperjelaskan kedudukan tanah seluas 110 ekar yang diperuntukkan sebagai bayaran kepada Konsortium Zenith-BUCG untuk pembinaan terowong bawah dasar laut dan 3 jalan utama sekiranya projek pembinaan terowong dibatalkan.

" Apakah tanah tebusguna laut di STP2 dan persisir Persiaran Gurney yang sama akan digunakan sebagai pembayaran untuk pembinaan "Jambatan Ketiga"?

" Apakah Konsortium Zenith-BUCG akan diberikan kontrak pembinaan "Jambatan Ketiga" sebagai pampasan pembatalan kontrak membina terowong bawah dasar laut sekiranya cadangan tersebut mendapat persetujuan dan kelulusan Kerajaan Persekutuan?

Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan berkata Kerajaan Pulau Pinang akan mengemukakan pelan asal dari cadangan  pembinaan 'jambatan kedua' yang dicadangkan semasa Tan Sri Samy Vellu menjadi Menteri Kerja Raya sebagai sokongan kepada cadangan beliau untuk pembinaan "Jambatan Ketiga" kepada Kementerian Kerja Raya. Ketua Menteri juga dilaporkan akan turut melampirkan dapatan Kajian Kebolehlaksanaan Terowong Bawah Dasar Laut yang hampir siap kepada KKR.

Perlu diingatkan bahawa pembinaan terowong bawah dasar laut juga pernah dicadangkan pada masa Tan Sri Samy Vellu menjadi Menteri Kerja Raya.

Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang menggesa supaya semua persoalan yang dibangkitkan ini dan juga soalan-soalan oleh YB Menteri KPKT Dato' Abdul Rahman Dahlan dan juga YB Menteri KKR Dato' Sri Fadillah Yusof mengenai isu yang sama dijawab secara jelas dan khusus oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

" Persolan-persoalan yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri perlu dijawab dengan telus dan terang tanpa menyembunyikan atau menyelindungi sebarang butiran atau fakta kerana projek yang dicadangkan pembinaannya ini melibatkan harta rakyat dan kepentingan awam.

Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang juga berpandangan adalah amat tidak wajar dan demokratik jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Konsortium Zenith-BUCG mengambil tindakan undang-undang atau menyaman mana-mana pihak yang mengemukakan persoalan kepada Kerajaan Negeri mengenai projek terowong bawah dasar laut dan 3 jalan utama ini.


Terima kasih.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online