BREAKING NEWS

Guan Eng dan Kit Siang punca cina undi BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.


Seperti yang dijangka, Skandal Banglo Mewah serta pergaduhan Kit Siang dengan Hadi Awang menjadi punca utama pengundi Cina 'memboikot' DAP di Prk Kuala Kangsar dan juga Sungai Besar.

Selain dari peratusan keluar mengundi sangat rendah dikawasan cina, sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) yang meningkat juga membuktikan DAP sudah tak perlu lagi ada pemimpin seperti Guan Eng dan juga Lim Kit Siang.

Kekalahan besar DAP di Pilihanraya kecil Sarawak, serta kroni DAP iaitu PAN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, menguatkan lagi fakta bahawa pengundi cina sudah muak dengan perangai buruk Guan Eng serta Lim kit siang.

Malah, tak keterlaluan dikatakan bahawa DAP kini semakin kehilangan pengaruh masyarakat cina dek kerana salahlaku yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin tersebut.

Masyarakat cina seolah-olah memberikan signal supaya Guan Eng dan Kit Siang digugurkan dengan kadar segera, atau DAP akan berdepan dengan kekalahan lebih besar di Pilihanraya umum ke 14 nanti.

Guan eng dengan skandal banglonya tentu membuatkan pangundi cina takut untuk menyokong lagi parti DAP. Ini kerana pemimpin yang rasuah serta terlibat dalam penyelewengan selalunya ditolak oleh rakyat.

Perangai Lim Kit Siang yang suka mencari pasal sehingga berbalah dengan Presiden PAS, Hadi Awang, juga dikatakan tak disukai oleh pengundi cina. Bagaimana kaum cina mampu dilihat mahu hidup aman tenteram didalam negara jika pemimpin DAP yang mereka sokong mempunyai sikap bermusuhan dengan pemimpin Islam?

Inilah punca sebenar kekalahan DAP dan proksinya di Sarawak, Kuala Kangsar serta Sungai Besar. Jika Guan eng dan Kit Siang masih degil untuk menerajui DAP, pastinya parti cina itu akan berkubur di Pru14 nanti.

Pengundi Sarawak, Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah membuktikan nya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online