BREAKING NEWS

Umno P.Pinang gigit jari.. Guan Eng bakal bebas kes Skandal Banglo Mewah.


Tak tahu la di mana silapnya.., hari ni dilaporkan pihak Peguam Negara melepaskan Phang Li Koon dari sebarang tuduhan membuat pengakuan bersumpah palsu didalam isu skandal Banglo Mewah Lim Guan Eng.

Maka bertepuk sorak lah macai-macai DAP serta bermuram durja lah orang-orang Umno yang mengharapkan Phang dikenakan tindakan.

Yang lagi parah, sudah pastinya pemuda-pemuda Umno yang sebelum ni sibuk kehulu kehilir buat laporan Polis serta panjat pejabat SPRM untuk memastikan Phang bersalah.

Yang peliknya, bukti-bukti pasal penipuan Phang berkenaan penafian terlibat ddngan kerajaan negeri, cukup lengkap diserahkan pada pihak Polis dan SPRM. Apakah mungkin ada tangan-tangan ghaib disebalik pembebasan ini?

Kalau macam ni lah gayanya, tak mustahil Lim Guan Eng juga akan dibebaskan nanti walaupun terbukti dia melakukan penyelewengan didalam kes skandal banglo di Jalan Pinhorn.

Meraung lagi kepala-kepala perang di P.Pinang jika Guan Eng dibebaskan. Sia-sia sahaja bertungkus lumus mencari fakta dan juga mengatur strategi tetapi akhirnya terkulai layu seakan-akan lelaki mati pucuk diatas ranjang.

Jika Guan Eng lepas bebas kali ini walau terang-terang kesalahan dilakukan, Umno P.Pinang boleh lah goyang kaki dan abaikan politik didalam negeri. Bukannya apa, "tangan ghaib" diatas lagi hebat dan sukar dikalahkan oleh Umno P.Pinang sendiri.

Apapun.., kesian pada DS Khir Toyo yang dipenjarakan atas isu yang sama walaupun ringan dari kes Guan Eng. Nampaknya Khir Toyo kurang hebat kerana tak "membela tangan ghaib" di atas sana.

Jadi.., tahniah lah Guan Eng.. Lu menang pusingan pertama!!

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online