BREAKING NEWS

PKR dan AMANAH cuba kencing PAS di PRK Sungai Besar


PAS bakal kena kencing lagi dengan PKR apabila bakal meletakkan calon dorang di Prk Sungai Besar nanti.. Habis la PAS yang selama ni asyik kena kencing dengan DAP.., kali ni bakal kuyup lagi dek kerana kencing PKR pulak..

Menurut sumber dalaman kem Azmin Ali.., satu perbincangan telah dibuat untuk meletakkan bekas MB Selangor, Muhammad Taib untuk mewakili PKR pada pilihanraya terbabit.

Selain tu, PKR juga ada beberapa nama lagi dalam list untuk dijadikan calon untuk bertanding menentang calon BN di situ walaupun ramai tahu Sungai Besar merupakan kerusi tradisi PAS.

Dan yang paling mengharukan.., parti Mat Sabun juga khabarnya akan turut sama meletakkan calon dorang di PRK tu nanti bagi mewakili DAP. Alahhh.., bukannya geng-geng AMANAH ni tak pernanh "pecah amanah" macam di PRN Sarawak dulu..

Calon dari parti AMANAH akan diletakkan untuk bertanding jika PAS tak memberi ruang untuk PKR disitu.. PAS juga "dipaksa" untuk mengerahkan jenteranya supaya membantu kempen Pakatan Harapan jika membenarkan PKR bertanding..

Nampak tak kat sini bagaimana PAS diperkudakan oleh PKR dan DAP secara senyap-senyap. Kalau PAS terima cadangan dari puak-puak PKR ni, bermakna PAS memang ternyata buta kayu dan juga kaldai seumur hidup didalam pembangkang..

Tapi gua rasa.., PAS bukannya bodoh beb.. PAS takkan bagi ruang untuk PKR bertanding dan akan lawan habis-habisan proksi DAP iaitu AMANAH kalau dorang cuba nak bertanding di Sungai Besar nanti.

PAS rasanya dah kuat dari segi jentera kempen dan juga pengaruh setempat untuk bertanding dengan BN.. Cubaan PKR ataupun DAP melalui AMANAH untuk sabotaj tu hanyalah semata-mata nak tunjukkan pada rakyat bahawa PAS sangat mudah diperkudakan.

Alasan Azmin bahawa Sungai Besar merupakan kerusi majoriti cina juga langsung tak boleh pakai.. Kalau betul dorang tu nak bantu PAS.., apa kata dorang turun je kempen bagi PAS menang.. Bukannya suruh PAS tak payah bertanding. Betul tak?

Jadi.., elok rasanya PAS je lawan BN di pilihanraya tu nanti.. DAP dengan PKR pi main jauh-jauh.. Tak payah nak sibuk sangat dan rakyat dah terbukti makin meluat dengan politik gampang puak-puak Pakatan Harapan tu semua!

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online