BREAKING NEWS

Mampukah Ah Beng 'Tawan Hati' SPRM dengan secawan kopi?


Selepas rumah banglo milik Ketua Menteri DAP paling kiasu di Penang kena serbu dengan pegawai SPRM dari Putrajaya semalam, ramai yang kata ia adalah permulaan bagi pengakhiran karier anak Kit Siang tu untuk jawatan Ketua Menteri.

Tambah pulak hari ni ada lagi serbuan kedua yang dilaporkan berlaku di banglo mewah tapi murah di Jalan Pinhorn tu. Ia seakan mengukuhkan lagi harapan orang Penang untuk mendapat Ketua Menteri baru tak lama lagi.

Tapi korang jangan lupa.., Ah Beng bukan calang-calang 'political animal' beb.. Hubungan baik Ah Beng dengan beberapa bangsawan yang menduduki kerusi Menteri di Putrajaya pasti digunakan sepenuhnya kalau dia didapati 'sangkut' dalam skandal banglo tu..

Apa nak heran kalau setakat nak 'belanja kopi' untuk lepaskan diri dari dakwaan penyelewengan kann? Itu semua perkara biasa je bagi Ah Beng.. Korang jangan lupa bahawa sekarang ni kopi jenama Ah Beng memang cukup popular di Penang.. Semua dia nak settle sambil minum kopi je beb..

Masa awal pendedahan pasal skandal Banglo murah tu dulu.., dua kali Ah Beng offer kopi untuk YB Shabudin di Komtar.. Nasib baik YB Umno tu tak layan pelawaan minum kopi tu.., kalau tak memang jenuh laa YB Umno tu 'makan duit kopi'... Hahahaha..

So korang rasa Ah Beng offer kopi tak kat Pegawai SPRM yang siasat rumah dia selama dua hari di Penang tu? Mesti ada punya kannn.. Takkan lah tetamu datang rumah tak dijamu dengan kopi... Cuma jenama kopi je lah yang kita tak berapa pasti cap stabak ke atau kopi cap 'orang tua'.. Hahaha..

Apapun.., gua difahamkan Ah Beng teruk kena marah dengan bini dia berpunca dari kediaman banglo mewah dorang 'diceroboh' oleh Pegawai SPRM dari Putrajaya.. Bini Ah Beng tak suka privasi dorang diganggu katanya..

Memang tak tidur malam la Ah beng kalau macam ni.. Semua pakat-pakat marah kat dia sampaikan nak berak pun tak senang.. Nasib la kannn.., sapa suruh jadi jahat sangat. Hahahaha

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online