BREAKING NEWS

Mahathir akan Kuburkan BN demi DAP Di 2 Pilihanraya kecil.


Selepas keluar dari UMNO akibat kemahuannya untuk bawa Mukhriz ke kerusi Perdana Mneteri tidak tercapai, kini Mahathir makin meroyan apabila BN pimpinan Najib masih menang besar di Pilihanraya negeri Sarawak.

Sambil menolak qada dan qadar Tuhan, Mahathir cuba nafikan kemenangan BN tersebut dengan membuat kenyataan yang sangat kebudak-budakan. Mahathir berkata kepada media bahawa, BN menang di Sarawak bukan kerana Najib, tetapi kononnya kerana Ketua Menteri Adenan Satem.

Mahathir dengan sifat bencinya pada kerajaan pimpinan Najib, seboleh-bolehnya mahu rakyat percaya dengan kata-katanya. Sebab itulah Mahathir tanpa segan silu menafikan kuasa Tuhan yang memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Malaysia.

Siapa tak kenal dengan gaya diktator Mahathir? Bagi Mahathir, tidak ada sesiapun yang betul melainkan dirinya sendiri. Dengan sebab itulah Mahathir memilih untuk berkawan dengan DAP selepas kehendaknya tidak dipenuhi.

Bagi Mahathir, biarlah negara hancur dan juga kuasa politik orang melayu tergadai asalkan dendamnya pada Najib tercapai. Mahathir tak peduli tentang nasib bangsa sendiri kerana dia sudah ada segalanya.., kecuali kuasa yang nak dia bawa hingga ke lubang kubur.

Selepas menunjukkan belang sebenar sebagai seorang manusia yang penuh hasad dengki serta dendam di Perhimpunan BERSIH, Mahathir sekali lagi akan menghasut orang melayu demi DAP yang pernah dibencinya.

Mahathir dirancang akan dibawa untuk berkempen semasa pilihanraya kecil Sg Besar dan juga Kuala Kangsar tak lama lagi.

Objektifnya cuma satu iaitu memecahbelahkan lagi orang melayu dan memfitnah kerajaan orang Islam di Malaysia. Kenapa Mahathir sanggup lakukan semua ini? Tentunya kerana sifat busuk hati yang membuak-buak dalam dirinya. Dan tentunya kerana sayang pada DAP.

Inilah orang yang kononnya mahu selamatkan Malaysia. Inilah orangnya yang mendakwa dia mahu negara ini aman makmur dan orang melayu bersatu padu.

Tempoh 22 tahun nampaknya masih belum cukup untuk Mahathir mempergunakan orang melayu demi kepentingannya sendiri. Kini Mahathir berkerjasama dengan DAP pula untuk melingkupkan bangsa dan negara. Sangat memalukan!

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online