BREAKING NEWS

Azmin Ali akan hilang jawatan MB kerana sabotaj dalam PKR


Makin teruk puak-puak PKR di Selangor ni bergaduh beb.. Sebenarnya bukan di Selangor saja dorang ni bermasalah.., tapi tak keterlaluan jika kita kata di seluruh negara sekarang ni Kem PKR sedang dalam keadaan bergolak..

Kalau korang nak tahu.., puak-puak PKR ni bukannya bergaduh disebabkan Umno ataupun BN.., tapi dorang bergaduh kerana masalah dalaman parti dorang sendiri yang sibuk berebutkan kuasa dan pangkat.

Difahamkan, sekarang ni terdapat 2 team dalam PKR.. Satunya adalah Team Azmin.., satu lagi pulak Team Wan Azizah yang menolak salahguna kuasa Azmin yang dikatakan menjadi talibarut kepada DAP selepas ketiadaan Anwar Ibrahim.

Dan sekarang.., team Wan Azizah mula menyerang Azmin melalui Rafizi dan juga Chegu Bard.. Maklumat dari sumber dalaman PKR sendiri pula memberitahu bahawa Azmin akan digulingkan demi kelangsungan politik PKR yang kini terkongkong dibawah kawalan DAP.

Sebab itulah kalau korang tengok, skandal habuan seks Azmin mula didedahkan oleh Rafizi beberapa hari lalu.. Semua ni dah dirancangkan dengan begitu rapi selepas Azmin dikatakan semakin gila kuasa sehinggakan sanggup berkerjasama dengan Mahathir.

Kalau korang perasan.., Wan Azizah sebagai Presiden PKR sendiri tak pernah setuju dengan Mahathir dan tak pernah hadir didalam program Deklarasi Rakyat anjuran Mahathir dan DAP. Tapi Azmin pulak dengan bangga duduk sebelah Mahathir dan Kit Siang walaupun ditentang oleh Wan Azizah..

Maka sebab itulah katanya Anwar menulis surat menentang penglibatan PKR didalam Deklarasi Rakyat kelolaan Mahathir.. Dan surat tu sebenarnya khusus untuk Azmin and the Gang katanya.. Tapi terlepas ke media dan telah dibaca oleh semua orang di Malaysia..

Jadi.., kalau Anwar dan Wan Azizah sendiri sudah tak setuju dengan Azmin.., apakah Azmin mampu lagi mengekalkan kuasanya didalam PKR dan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor?? Rasanya Azmin tak mampu kot...

Kalau tengok cara serangan dari dalam PKR sendiri terhadap Azmin.., rasanya sebelum PRU14 mungkin Azmin akan tumbang di Selangor dek kerana 'tembakan' dari musuh dalam selimut.

Dan kalau Azmin tak dibantu oleh sekutu dia didalam DAP, rasanya jangka hayat Azmin akan lagi cepat berkubur.. Azmin sekarang bukan macam dulu beb.. Dulu Anwar yang banyak back up dia.., tapi sekarang dia keseorangan.. Mungkin sebab tu lah dia kawan baik dengan DAP.. Betul tak?

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online