BREAKING NEWS

Rakyat Penang akan bina Tokong Tanah untuk hargai Guan Eng


KISAH pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng antara berita paling panas pada minggu ini. Daripada penjelasan yang diberikan oleh Setiausaha Agung DAP itu, jelas menunjukkan bahawa beliau sekadar terbabit dalam satu urus niaga pembelian rumah yang menguntungkannya.

Apa tidak untungnya apabila sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town yang harga pasaran bernilai lebih RM6 juta hanya dibeli oleh Guan Eng pada harga RM2.8 juta.

Walau apapun kisah di sebalik pembelian unit banglo itu, nyata, Guan Eng seorang Ketua Menteri yang bijak dalam berbelanja dan bijak membuat keputusan sebab itu beliau berjaya membeli sebuah banglo yang harganya jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Ketika pasaran hartanah di Pulau Pinang melambung tinggi, ketika rumah di Pulau Mutiara itu harganya melangit, sudah tentu kemampuan Ketua Menteri membeli rumah di bawah harga pasaran boleh dicontohi oleh rakyat negeri itu.

Pada masa ini untuk MENDAPATKAN rumah yang murah di Pulau Pinang sangatlah sukar. Malah, permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri itu punya sukar untuk diluluskan oleh kerajaan negeri kerana nilai hartanahnya yang sangat tinggi.

Disebabkan itu, ramai generasi baharu Pulau Pinang, generasi yang baru berkeluarga ada yang terpaksa membeli rumah di Kulim, di Parit Buntar dan beberapa kawasan lagi di luar Pulau Pinang ekoran kesukaran MENDAPATKAN rumah di Pulau Mutiara itu. Jika ada sekalipun harganya sangat tinggi dan di luar kemampuan.

Namun, sebagai Ketua Menteri yang bijak sana, yang bijaknya melebihi segala pemimpin lain di Malaysia ini, mungkin Guan Eng boleh memperturunkan sedikit skilnya membeli rumah di bawah harga pasaran kepada rakyat Pulau Pinang.

Apa salahnya berkongsi ilmu kerana sudah dua penggal rakyat Pulau Pinang mengangkat Guan Eng dan partinya DAP untuk memerintah negeri itu. Jadi apa salahnya kebolehan Guan Eng membeli rumah jauh lebih murah daripada harga pasaran itu dikongsi untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang juga.

Lebih menakjubkan, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng juga tidak tahu nilai pasaran hartanah di negeri yang dipimpinnya itu, tetapi pada masa sama masih mampu membeli rumah jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Ini sudah tentu satu kebolehan atau satu pencapaian yang tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin lain yang mana ia wajar dikongsi supaya rakyat Pulau Pinang yang terbeban dengan kos rumah yang cukup tinggi juga mampu memiliki rumah jauh lebih rendah daripada harga pasaran seperti mana yang dilakukan oleh Ketua Menteri mereka.

Guan Eng membeli rumah itu daripada pemilik asalnya, Phang Li Koon, pada 21 Oktober 2015 dengan harga RM2.8 juta, sedangkan harga pasaran dikatakan sekitar RM6.5 juta.

Seperti kata Guan Eng, tidak ada apa yang salah dalam pembelian banglo tersebut kerana ia berdasarkan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak, walaupun jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Jadi, janganlah kita pertikaikan apa yang dikatakan oleh Guan Eng. Semua itu adalah kerana kebijaksanaan beliau. Lagi pula, Guan Eng tidak tahu harga pasaran terkini banglo tersebut.

Sebagai Ketua Menteri, mana mungkin Guan Eng perlu ambil tahu hal yang berkaitan dengan nilai hartanah di Pulau Pinang. Guan Eng adalah orang politik, bukan ahli perniagaan. Jadi, walaupun menjawat jawatan Ketua Menteri, bukan urusan beliau untuk mengambil tahu akan nilai semasa hartanah di negeri itu.

Lainlah untuk rakyat negeri itu yang mahu membeli rumah. Mereka kenalah ambil tahu supaya dapat membeli rumah sesuai dengan kemampuan mereka.

JIka, rumah di Pulau Pinang mahal-mahal belaka dan di luar kemampuan mereka, boleh belajar dari Guan Eng cara membeli di bawah harga pasaran.

Sebagai pemimpin yang diangkat oleh rakyat, Guan Eng tentunya sedia berkongsi rahsia beliau membeli banglo jauh lebih rendah daripada harga pasaran itu dengan rakyat Pulau Pinang.

Semoga selepas ini bukan Guan Eng seorang sahaja yang dapat membeli rumah di bawah harga pasaran, malah sekalian rakyat Pulau Pinang yang lain juga, terutama yang sangat-sangat memerlukan rumah. Inilah yang dikatakan kepimpinan melalui teladan. - MalaysiaGazette

1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online