BREAKING NEWS

KJ jangan lari menyorok bila Pegawai KBS songlap RM100 juta


Kj jangan menyorok pulak bila SPRM dedah pasal penyelewengan dana Kerajaan Persekutuan yang melibatkan RM 100 juta di Kementerian beliau ye..

Sebagai Menteri yang menjaga Kementerian terbabit, KJ sepatutnya tampil ke depan untuk jelaskan kepada rakyat pasal kes songlap menyonglap ni.. Bukan sikit beb..., ratus juta tuuu..

Kalau ikut fakta kes dari SPRM, pegawai kementerian KJ yang songlap tu buat kerja ni dah lama.. Patutla kekayaan yang dia ada tu nampak luarbiasa sangat.. Ye lah kann.., sekali songlap berjuta-juta ringgit Malaysia.., mau tak kaya beb..

Gua ingat lagi satu masa dulu, KJ ni dilabelkan kuat merasuahnya sampaikan imej tu lekat pada diri beliau.. Baru-baru ni pun ada lagi yang berbunyi pasal tajaan menunaikan umrah dari KJ kepada seluruh Ketua Pemuda UMNO..

Ada yang tanya dari mana KJ dapat duit untuk menaja tu.., dan ada pulak yang tanya apa motif KJ tiba-tiba je baik hati sangat nak taja semua Ketua-ketua Pemuda.. Persepsi orang beb.., takkan tak faham lagi kot..

Tapi bila terdedah pasal penyelewengan dana Kerajaan Persekutuan macam ni, orang akan persoal balik semua yang jadi.. Sebab tu KJ jangan jadi tikus sangat menyorok belakang almari bila benda macam ni terdedah..

Jadi gentleman sikit untuk bagi penjelasan dan bersihkan imej kementerian supaya rakyat nampak menyakinkan. Takkan ini pun gua nak kena ajar beb? Gua bukannya makan gaji dengan Kementerian Belia Sukan.. Dan jauh sangat kalau nak kata makan payroll dengan KJ!

Nak jadi pemimpin bukan setakat kena bersih beb.., tapi mesti nampak bersih jugak.. Yang paling penting.., leadership tu kena ada.. Kalau nak main nyorok-nyorok bila ada isu, elok pergi jadi JKKK kampung je.. Kan senang..

So KJ kena ingat ye nasihat ni.. Jangan sampai nanti orang kata.., Tall, Dark.., Handsome and Perasuah... Kah kah kahh

3 ulasan :

  1. Siasat pegawai terbabit dulu, kan lebih afdal, ye tak, apa KJ pulak.

    BalasPadam
  2. perkataan 'afdal' yg disalah guna!

    BalasPadam
  3. biasa kes gini ni...kes bajet tapau..minta lebih guna sikit...dah la tak payah gadoh...Allah ada.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online