BREAKING NEWS

Mana Telor Menteri Pertahanan?? Kenapa tak saman segera Rafizi??


Nampaknya semakin banyak pendedahan mengenai Angkatan Tentera yang dilakukan oleh Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli.. Tapi yang agak pelik, kenapa Menteri Pertahanan yang sepatutnya jaga hal ehwal angkatan Tentera tak tegas tangani isu ni?

Jangan pulak Hisham jadi macam KJ yang semua bantai jawab tak tahu.. RM100 juta hilang pun dikatanya tak tahu.. Pelik beb!!

Yang sepatutnya, Menteri Pertahanan lah yang patut kedepan menangkis segala tohmahan dari pembangkang.. Ni angkatan Tentera beb.., bukannya syarikat macam 1MDB yang boleh dibiarkan dipolitikkan.

Kita tak mahulah nak babitkan jawatan Menteri Pertahanan ni dalam Umno kan, tapi kalau ikutkan, patut buat kerja la khususnya dalam Kementerian sendiri. Takkan itupun nak ajar??

Kalau dalam Umno dan barisan kepimpinan kerajaan, memang la Menteri ni tak buat kerja pertahankan ketua semasa difitnah dengan kes 1MDB dan dana politik RM 2.6 billion, tapi takkan la dalam kementerian sendiri pun dia malas jugak nak buat tanggungjawab beb?

Kalau masa Najib kena fitnah hari tu, mungkin Menteri ni anggap tak penting sebab ramai lagi yang boleh jawab walaupun dorang bukan sepupu Perdana Menteri.., tapi sekarang ni takkan nak suruh anggota Tentera sendiri jawab pasal isu yg Rafizi timbulkan??

Malu wehh.. Jadi Menteri Pertahanan ni kena 'tough' sikit beb.. Takkan dengan sotong kangkung macam Rafizi tu pun Menteri ni tak berani nak berdepan?? Macam mana Tentera nak jadikan tauladan kalau Menteri yang jaga dorang pun lembik beb??

So.., gua dengan penuh iltizam menunggu sama ada Menteri Pertahanan akan ambil tindakan atau tak pada Rafizi. Jangan dok sibuk arah orang itu ini dalam ATM pergi lawan pembangkang sebab dorang semua bukan ahlul politik.

Itupun kalau berani lah kann.. Kalau tak, duduk je lah dalam Kementerian tu dan harapkan cable sepupu untuk kekal dalam jawatan. Haihhhhhh...

1 ulasan :

  1. menteri control hensem.. dia ni blh jd PM ke satu hari nanti?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online