BREAKING NEWS

Guan Eng lahanat ni memang kaki fitnah ulamak PAS!!


Pemuda Pas menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya hentikan melempar fitnah kepada Pas khususnya melibatkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari ketika ditemui pemberita menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai tidak pernah jemu menjatuhkan imej Pas, biarpun terpaksa mengada-adakan cerita yang sememangnya tidak wujud.

"Dakwaan bahawa Pas berkemungkinan akan hantar ahli pada perhimpunan anti-Bersih, 16 September ini telah dinafikan oleh kenyataan beberapa pimpinan utama Pas, antaranya Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasruddin Hassan," katanya kepada media.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Guan Eng yang meminta penjelasan daripada PKR selepas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menegaskan pendirian mereka bahawa Pas sepatutnya berada dalam gabungan pembangkang baharu yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat 2.0.

Malah, kenyataan Guan Eng menerusi sebuah portal online dipetik sebagai berkata, ahli Pas berkemungkinan akan menyertai perhimpunan anti-Bersih yang dijadual diadakan pada 16 September ini.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli turut memberi contoh berhubung isu 1MDB, yang mana Pas beberapa kali sudah pun berkali-kali menyatakan pendirian bahawa isu itu merupakan isu rakyat dan pihak berkuasa wajib menanganinya dengan sebaik mungkin.

Tambah beliau yang juga Ketua Pemuda Pas negeri Kelantan, Pas juga tidak pernah bersekongkol dengan sebarang penyelewengan yang dilakukan dan perkara itu jelas terbukti melalui kenyataan media yang berterusan disiarkan melalui lidah rasmi Pas, sama ada melalui maya mahu pun di media cetak.

"Kenapa Guan Eng mahu menyembunyikan fakta bahawa DAP yang sentiasa melontarkan cadangan bekerjasama dengan BN bagi mewujudkan kerajaan campuran? Naif sungguh seorang Ketua Menteri jika memperbodohkan rakyat dengan kenyataan provokasi seperti ini."

"Di dalam soal Pakatan Rakyat 2.0, Pas pastinya akan buat keputusan terbaik dan ia tidak perlu bergantung kepada seorang individu seperti beliau (Guan Eng)," katanya.

1 ulasan :

  1. Bila politik bersedialah ditohmah ..... UMNO lagu jahat memfitnah pemimpin PAS.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online