BREAKING NEWS

Dah kenapa Mahathir hina Mahkamah dan Hakim pulakk??


Betul ke bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tergamak untuk menghina mahkamah-mahkamah di Malaysia serta hakim-hakimnya??

Kenapa berlaku sampai macam tu sekali… Bunyi ayat yang dikeluarkan oleh Mahathir seolah-olah seperti perli menerusi komennya terhadap filem dokumentari terbitan Al Jazeera berhubung pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Katanya, konon mahkamah tidak jujur dan tidak adil sama sekali… Ehhhhhhg mana Mahathir tauu semua tu?? Dia ker yang handle kes selama ni… Dah bertukar angin jadi hakim pulak ker?

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, dia kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir yang seakan-akan menjatuhkan dan mempertikaikan kredibiliti mahkamah dan hakim di Malaysia.

"Mula-mula sekali mahkamah  pun membicarakan kes ini (Altantuya) dan  membuat keputusan.

"Adakah Dr Mahathir menyatakan  mahkamah di Malaysia tidak boleh dipercayai dan  hakim-Hakim di Malaysia tidak jujur?

"Jika tidak mengapa Dr Mahathir mempersoalkan mahkamah dan membuat sindiran mahkamah tidak jujur, sebenarnya sama seperti menghina mahkamah," katanya menerusi catatan dalam blognya sskeruak.blogspot.my, semalam.

Salleh turut mengingatkan Mahathir pasal kes perbicaraan kes liwat bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, pada ketika itu Mahathir menjadi perdana menteri.

".... Dan Dr Mahathir menjawab beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada Anwar bersalah atau tidak. Malah seorang peguam yang mempersoalkan hakim  didakwa kerana menghina mahkamah," katanya lagi.

So kalau time Mahathir memerintah, kenapa dia tak persoalkan kreadibiliti mahkamah dan hakim yang menguruskan kes yang juga turut melibatkan dirinya?? Bila mai time Najib boleh pulak cakap yang mahkamah dan hakim tak jujur.

Lepas tu nak suruh Najib buktikan sendiri yang dirinya tak bersalah haha pelik, Najib bukan hakim! Tu semua kerja mahkamah untuk putuskan sapa yang betul dan sapa yang salah.

2 ulasan :

  1. Yang komen Mahathir berkelayakkan ke...
    Kalau nak cari duit bukan untuk membenarkan apa yg tidak benar Atau menafikan apa yang terbukti benar. Duit jadi darah daging anak, bini, emak dan bapak.Daging yang tumbuh dari suber yang haram nerakalh tempat yang layak baginye.Esok kau anak beranak berlungguk2 dalam neraka. Saya cuma mengingatkan jer sb byk keja lain lagi

    BalasPadam
  2. Mahathir sudah lupa barangkali. Jadi rakyat perlu sokong pemimpin yg belum lupa, inshallah selamat.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online