BREAKING NEWS

Dua wanita separuh bogel naik atas pentas sewaktu Imam tengah bagi syarahan



Persidangan Islam yang diadakan di Pontoise, Perancis bertukar menjadi huru-hara  bila dua aktivis sosial perempuan bertindak diluar kawalan melakukan aksi separuh bogel masa majlis sedang berlangsung.

Memang kurang ajar dua orang minah tu!!! Menerusi satu video yang tersebar dan mengejutkan ramai orang, diorang tiba-tiba aje melompat ke atas pentas macam beruk suka menganggu orang, lepas tu paksa pula dua orang lelaki dipercayai Imam untuk beredar dan melaungkan beberapa slogan sebelum pasukan keselamatan membawa diorang turun dari pentas.

“Tiada sesiapa boleh paksa saya menyembah kepada apa-apa pun,”  tertulis di atas buah dada perempuan yang menimbulkan kekecohan.

Kedua-dua perempuan tu diusir daripada pentas dan dapat disaksikan salah seorang daripada diorang disepak oleh seorang lelaki. 

Difahamkan, dua perempuan tu dari kumpulan FEMEN diasaskan di Ukraine pada tahun 2008 dan dikatakan berpangkalan di Paris. Diorang menggambarkan idealogi diorang melalui tiga perkara, sexterisme, atheis dan feminisme.

Pertubuhan tu terkenal dengan aksi melampau membuka baju di khalayak ramai. Sebelum ni pada tahun 2014, diorang melakukan provokasi sewaktu program persidangan Islam yang diadakan di Berlin, German.

Serta pada 1 Mei lepas, aktivis FEMEN juga mengganggu ucapan Marine Le Pen pada sambutan Hari Mei dalam sebuah perhimpunan oleh Parti Kebangsaan Perancis juga di Paris.

Ni baru dua orang, kumpulan tu selalunya dilihat beramai-ramai tunjuk perasaan tak pakai baju tayang dada yang tertulis sesuatu yang diorang bangkang! Diorang berani mati buat semua tu janji misi diorang tercapai!

2 ulasan :

  1. Situasi Dua orang minah separuh bogel buat begitu kerana mereka fobia dan benci terhadap islam. Ya...betul..ISLAMOFOBIA...fobia yg dialami mereka sebenar nya adalah wajar dan layak bagi mereka...KENAPA ? sebab kerana mereka sering di serang teroris Islam seperti kes Madrid Bombing, Woolwich Attack, dan dan tragedi 9/11... jadi mereka rasa takut nyawa mereka terancam...dan juga di samping ulama2 di eropah sering menyembur kata2 kebencian ( Hate Preaching) terhadap orang orang orang Non muslim... so jikalau mereka rasa benci atau fobia pada Islam, bukan kah itu WAJAR? Lagi satu saya nak tanya soalan mudah.. kalau ada seseoarang itu benci dan nak bunuh kamu, bukankah kamu akan balas dengan kebencian juga? Jadi kalau orang islam benci orang kafir, APA alasan orang kafir untuk suka Islam dan orang islam ? Kita lupa bahwa orang kafir itu juga manusia yg berperasaan...Jawablah wahai orang islam yg perasan mulia...Kita aje yg syok sendiri perasan sorang2 rasa islam itu INDAH padahal bagi orang kafir ISLAM itu adalah ancaman yg menakutkan pada nyawa mereka sehingga mereka diserang penyakit FOBIA terhadap islam. kesimpulannya..islamofobia adalah wajar bagi mereka... Bak kata orang kafir "IT IS NOT ISLAMOPHOBIA IF THEY ARE TRYING TO KILL YOU"...betullah tu...Saya tahu kamu akan kata ini semua ini FITNAH dari orang kafir untuk memburukkan Islam( tipikal cara orang islam nak sedapkan hati) tapi cuba selidik sendiri dari kedua dua pihak sebab orang islam ni kalau siasat konflik antara Islam dan bukan islam....orang islam cenderung untuk dengar dari pihak islam sahaja...tak cuba dengar dari pihak bukan islam... jadi orang islam akan BIAS dalam mengadili...SEKIAN...

    BalasPadam
  2. ISRAIL BUNUH ORANG ISLAM BERTAHUN TAHUN,AMERIKA SERANG IRAQ,AFGANISTAN DLL APE CITER

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online