BREAKING NEWS

Cina baju kuning semuanya baik.. Melayu baju merah adalah bangsat?


Pandai pulak Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam nih bagi nasihat kepada penganjur Himpunan Rakyat Bersatu supaya tukar tarikh perhimpunan dorang yang bakal diadakan pada 16 September ini kepada satu tarikh yang lain.

Kononnya tak sesuai sebab tarikh tu jatuh pada Hari Malaysia. Katanya, ia akan mencemari hari memperingati pembentukan Malaysia di mana Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak digabung sebagai sebuah negara.

“Kalau nak buat demonstrasi pada 16 September itu tidak kena, nasihat saya tak usah buat demonstrasi pada hari itu. Sebab ia akan menentang dengan kita punya kegembiraan untuk menyambut hari Malaysia dan orang asing akan pandang serong.

“Kalau nak buat di luar 16 Sempember, bulan depan ke, kalau kita nak tunjuk solidariti Melayu kita boleh buat hari lain’’ katanya.

Hairan pulak Gomez, kalau pasal perhimpunan ‘Baju Merah’ ramai betul yang tentang! Katanya rasis lah, ganggu sambutan Hari Malaysia lah! Tapi kalau Bersih 4 tempoh hari takpe pulak, itu lagi teruk sebab sapu taik dan cemari sambutan Kemerdekaan negara.

Tak ke lagi teruk pada perhimpunan ‘Baju Merah’ yang belum lagi berlangsung. Tapi, menurut Dr Ramlah… Dia bukan tak sokong, cuma tarikhnya saja yang tak kena. Mungkin tanak bagi orang melayu jadi bodoh macam geng Cina DAP kot sebab cemarkan tarikh keramat negara.

“Apa perasaan mereka kalau mereka dicabar dan dihina bangsa mereka, ia tak mencetuskan ketegangan kaum, kerana ia berbeza dengan apa yang berlaku 13 Mei dan ini sebagai perarakan secara aman,” jelasnya.

“Saya nak tanya hormatkan bangsa lain pada Melayu bila Melayu tak buat apa-apa. Sekarang pun mereka tak hormat, tengok masa perhimpunan Bersih 4.0 mereka (Bukan Melayu) menghina orang Melayu membawa penyapu itu menunjukan mereka hormat?

“Salah ke orang Melayu nak buat perhimpunan? sedangkan mereka dihina oleh orang lain dengan memijak gambar bawa batang penyapu, tak kan NGO Melayu nak tengok je semua ini, di mana telur kamikan? Saya bukan sokong tetapi saya perbaiki pendapat mereka.

“Kita boleh lihat itu sebagai satu ‘manifestasi’demokrasi, mengikut fasa 10 perlembagaan Malaysia, rakyat boleh menyuarakan pendapat, boleh berkumpul secara aman,” katanya.

1 ulasan :

  1. Cuba imbau kembali himpunan bersih yg lepas, siapa yang membahan kereta polis? Siapa yang merusuh? Tapi himpunanan bersih 5 yang kena saman kerana apa? Sampah

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online