BREAKING NEWS

Bangsa Johor sedang dikencing oleh Guan Eng.


Ibarat teh tarik, itulah yang dapat digambarkan apabila melihat air terjun yang menderu laju di belakang perumahan Mutiara Height di Paya Terubong, Pulau Pinang.

Penduduk di perumahan itu percayai air terjun semulajadi yang bertukar warna seakan teh tarik itu terjadi ekoran kesan penebangan pokok di sebuah bukit berhampiran.

Menurut seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian air terjun 'teh tarik' itu membuatkan keselamatan ahli keluarganya dan penduduk di sekitar itu dalam keadaan berbahaya, kerana kejadian seumpama itu merupakan satu petanda yang bukan baik buat penduduk di situ.

Katanya, kejadian ini berlaku gara-gara terdapat satu projek penebangan hutan untuk pembangunan rumah mewah yang giat dilakukan berhampiran bukit tersebut.

"Mungkin disebabkan itu, air terjun belakang kami bertukar warna, Ini bukan petanda baik kerana air disini jarang berubah warna sebegini.

"Air bukit ini selalunya akan ada selepas hujan lebat dan berterusan beberapa hari, tetapi ada waktunya ianya kering sahaja, namun warnanya berubah teruk pada hari ini," kata penduduk Mutiara Height.

Tinjauan Utaranews.com ke Mutiara Height juga mendapati berlakunya banjir lumpur di kawasan kaki bukit air terjun berkenaan.

Dimanakah Guan Eng ketika rakyat di bawah pentadbirannya memerlukannya?? Mengapa disaat genting rakyat Pulau Pinang memerlukannya, beliau berada di Johor bagi menyelesaikan isu air yang melanda di negeri itu??

Apakah tanggungjawab mahupun kedudukan beliau dinegeri Johor sehingga menyibuk mengenai pentadbiran negeri lain sedangkan pentadbiran di negerinya dibiarkan begitu sahaja??

Adakah Guan Eng sengaja mahu menggadai nyawa rakyat Pulau Pinang yang kini dalam keadaan ketakutan ekoran air terjun 'teh tarik' itu yang telah memberi tanda-tanda awal??

Adakah Guan Eng mahu penduduk Paya Terubong itu menerima nasib yang sama seperti yang berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada hujung tahun lalu??

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online