BREAKING NEWS

Doa "pecah perut" CT Nurhaliiza untuk Najib Razak?? Dah taknak menyanyi ke?


Disaat pemimpin utama negara diserang hebat oleh media asing berkenaan fitnah penyelewengan wang 1MDB, penyanyi Siti Nurhaliza dilihat termakan dengan hasutan pembangkang apabila menganggap Pemimpin Negara menyusahkan rakyatnya.

Didalam laman sosial Instagram miliknya, Siti Nurhaliza memuatnaik satu doa Nabi Muhammad SAW yang kelihatan ditujukan kepada pemimpin Malaysia.

Sebelum ini, Situ Nurhaliza juga menyentuh mengenai isu Tabung Haji yang difitnah menggunakan duit pencarum bagi urusan pembelian tanah dari 1MDB. Bagaimanapun, fitnah berkenaan Tabung Haji berkenaan terbukti salah apabila akhirnya didapati tiada sesen pun duit pencarum institusi berkenaan digunakan.

Malangnya, Siti Nurhaliza kemudiannya langsung tidak tampil membuat permohonan maaf setelah dilihat seakan-akan menghasut peminat-peminatnya "membenci" Tabung Haji.

Perdana Menteri Malaysia kini diserang hebat oleh pihak-pihak tertentu yang menggunakan media asing didalam usaha untuk menghuru-harakan Malaysia. Tuduhan bahawa Perdana Menteri menyonglap wang 1MDB adalah fitnah yang sangat jahat dan kini ia sedang disiasat kebenarannya.

Perdana Menteri sendiri telah memulakan tindakan undang-undang terhadap media asing terbabit dan dijangka banyak lagi pihak yang akan dikenakan tindakan selepas siasatan selesai dilakukan.

Majoriti rakyat Malaysia berdoa semoga pemimpin utama negara itu sentiasa tabah dan tenang dibulan Ramadan yang mulia ini walaupun dihimpit dengan pelbagai kesulitan. Sesungguhnya Tuhan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. - sumber

20 ulasan :

  1. hidup ni bagaikan roda.....berputar dari atas kebawah.....masa orang lain ditimpa musibah ,jgn lah kita menambah dosa dgn menambah "garam pada luka"...tah-tah esok pula hari kita.....siapa tahu.....doa orang teraniaya cepat makbul.....sapalah kita dulu-dulu???/

    BalasPadam
  2. Allah bersama dengan orang yg benar dan sabar bukannya pemfitnah yg jahat dan sombong.

    BalasPadam
  3. Geng Ummi Aida...and her husband

    BalasPadam
  4. siti ni salah tempat.sepatutnya dia kt Indon.kt Malaysia tiade tempat bagi artis yg tiada pendidikan seperti Siti didalam bidang politik.

    BalasPadam
  5. Dia ni dah mula lupa siapa dirinya. Lupa cerita silamnya. Mula tunjuk taring and true colour. Aisyah yg org politik pun tak keluar apa apa statement. Inilah melayu mudah lupa. Bisnes tak laku ke meroyan ni. Jangan berdoa yang buruk takut terkena diri sendiri. Dia pun pencuri duit peminatnya dgn hanya mengeluarkan suara nyanyi tergedik geedik kutip tiket bpuloh puloh beribu ribu. Lepas tu apa peminat dia dapat fikiirkanlah. Lepas tu dia yang kaya hasil jual suara yg pemnat dia taj dapatnapa apa lepas tu. Cuma konon kepuasan. kepuasan apa. Sekurang kurangnya najib ada gak bagi brim bonos dia hanya menghabiskan duit peminatnya untuk amal atas namanya. Lebih baik korang bagi sedekah direct dari beramal melaluinya.

    BalasPadam
  6. Ya Allah! Ya Rabbi! kau berilah kekuatan kepada Mohammad Najib selaku Pemimpin Negara ini mengharungi dugaan ini dengan penuh kesabaran. Tanggung jawabnya mentadbir dan memimpin seluruh rakyat negara adalah keutamaanya.

    Namun sesungguhnya ujian yang dia dan isterinya hadapi padamulah kami berserah!... Amin Ya Rabba'alamin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya rabbalallamin..Najib kuatkan semangat mu..aku percaya engkau dipihak yg benar..tolol dan teramat bodoh jika termakan hasutan..bukan 260 ribu, bukan 260 juta..ini 2.6 ribu juta..logik ke nak masuk ke akaun sendiri...kalau LEMBU bolih berfikir..binatang tu pun tak akan buat kerja bodoh camtu..

      Padam
    2. kuatkan smangat dan terus berjuang.

      Padam
  7. Dia ni lupa masa rampas laki orang agaknya. Dia ni lupa masa orang kata bercerai nangis merah merah hidung bengkak bengkak mata. Itu baru sikit je. Atau nak cari publisiti kerana dah mula menurun. Cukup le tu kalau tak tau ujung pangkal tak payah le nak campur. Nanti memaluukan diri sendiri dan menunjukkan kebodohan sendiri. Ataupun dia ni pun suka menjaga hal orang. Jagale diri sendiri dah cukup sempurna kah belum?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab laki cerai bini kerana dia ni ramai buat bodoh je sebab pminat syang kat dia. Cuba la mcm hanez suraya siang mlm kna kutuk. Pminat pilih kasih. Jgn bazir waktu ngan crita artis tk dpt ape pun.

      Padam
    2. Penyanyi yg berkelulusan SPM aje..nak lagak apa

      Padam
  8. Cmana kes simpysiti ngan tekun..naya org gak tu..surah al-baqarah ayat 44..patutkah kamu menyuruh orang lain membuat kebaikan padahal kamu tidak melihat akan diri kamu dahulu sedang kamu semua membaca kitab Allah.Adakah kamu berakal?..

    BalasPadam
  9. Malaysia negara bebas. Rakyat tak kira siapa berhak menyatakan pendapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul siapa pun berhak menyatakan pendapat tapi diri sendiri pun tak berapa nak betoi macamana kita betulkan orang lain.l

      Padam
  10. Abih la lps Ni Dato K tak boleh cari makan..
    Well Dato K pun dh masak sepak terajang geng politik n money game. Sikit banyak mesti dia tau gosip2 berlaku dlm set Umno.
    Tak ditarik picu masakan pistol berbunyi.. Ewahh apa punya peri bahasa.

    BalasPadam
  11. harap lawa muka dengan suara je..ramai minat dia sebab tu, bab lain mana ada kepandaian..sekolah pun setakat mana..kalau betul nak tunjuk hebat nak kecam orang..belajar biar sampai PhD ke baru orang respect...kalau setakat form five entah grade berapa tak payah lah...buat saja kerja amal untuk tebus dosa yang banyak tersirat tu..

    BalasPadam
  12. Puan Siti, kalau rasanya diri berminat nak menceburkan diri ke alam politik tahniah diucapkan dan diharapkan tabah dalam menempuh gelora badai sebagai ahli politik. Ini kerana kebelakangan ini puan banyak melontarkan kata2 yg bersifat melulu dan seolah2 menuduh pemimpin Negara tidak jujur dsb.

    Kalau tidak tahu hujung pangkal rasanya lebih baik puan duduk diam2 dpd berkata2 yg tidak betul sebab bimbang kata2 tersebut akan berbalik semula pada diri puan.

    BalasPadam
  13. Kita sepatutnya bukan mendoakan agar pemimpin Negara kita tabah menghadapi tuduhan tersebut TETAPI berdoa agar kebenaran terserlah akhirnya. Jika sah pemimpin tak bersalah maka dia boleh teruskan memimpin rakyat. Bagaimanapun jika dia bersalah dia perlu letak jawatan dan tindakan seterusnya diambil terhadap beliau.

    BalasPadam
  14. Dia backing TUN tu..biasalah dah tua tua ni makin mengarut termasuk lah CT ni..payah budak tak habis belajar ni..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online