Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Najib curik duit 1MDB??? Satu lagi fitnah jijik dan busuk dari pembangkang.
Comments : 5
Hari ini kita dikejutkan dengan satu pendedahan dari portal pro pembangkang, Sarawak Report yang kononnya berbillion duit dari 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia. Walau bagaimanapun, ia amatlah meragukan.
Tuduhan dan dakwaan oleh portal tersebut kali ini sangat berat berbanding fitnah-fitnah sebelumnya yang akhirnya terbukti salah. Adakah logik apabila akaun yang dikatakan peribadi dan mempunyai transaksi berbillion, sangat mudah terdedah kepada umum? Dan yang paling penting, dimanakah buktinya?
Apakah wajar Sarawak Report menuduh perkara tersebut tanpa membawa sebarang bukti dan sumber untuk dirujuk? Sekadar meletakkan beberapa gambar personaliti dan gambar printscreen dari laman web, ia agak kelakar bagi sesuatu isu yang dianggap mempunyai impak besar kepada negara.
Jika diteliti, nama Perdana Menteri sendiri dieja dengan salah secara berulang-ulang didalam perjalanan transaksi wang 1MDB tersebut. Ini sekaligus mewujudkan keraguan tentang kebenaran berita yang dilaporkan oleh portal penentang kerajaan ini.
Portal Sarawak Report juga diketahui mempunyai reputasi yang agak buruk didalam melaporkan tuduhan berunsurkan fitnah dan jahat terhadap kerajaan. Yang paling terkini, penyalur maklumat yang kononnya sangat dipercayai oleh portal berkenaan, ditangkap di negara jiran Thailand dan didapati memalsukan dokumen berkenaan 1MDB untuk tujuan peras ugut.
Dokumen yang diubah suai itulah yang digunakan oleh portal-portal pro pembangkang untuk memfitnah kerajaan dengan niat menjatuhkan Perdana Menteri.
Kali ini mereka datang sekali lagi dengan dakwaan duit 1MDB "disonglap" oleh Najib melalui beberapa transaksi akaun peribadi, tetapi mereka tidak langsung menunjukkan "Transaction Note" bagi membuktikan dakwaan mereka. Ini sesuatu yang sangat jelas berniat jahat kerana tuduhan dilakukan tanpa sebarang bukti.
Adakah wajar menuduh seseorang tanpa sebarang bukti dan hanya bersandarkan pada khabar angin serta persepsi semata-mata? Dan satu lagi perkara yang menarik untuk difikirkan, mengapa sejak kebelakangan ini, media asing dipilih untuk menyerang Perdana Menteri?
Bermula dengan tindakan Tun Mahathir yang menyerang kepimpinan Perdana Menteri melalui New York Times, kini ia beralih pula kepada Wall Street Journal. Dipercayai semua ini dilakukan oleh satu kumpulan yang bermotifkan agenda politik bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia melalui skandal 1MDB yang sengaja direka-reka.
Selagi tuduhan serta fitnah yang diterbitkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal ini tidak disertakan dengan bukti, ianya dianggap sebagai spekulasi jahat untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Dan rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang kepakaran serta kegemaran pihak pembangkang yang selalu membuat pembohongan. - sumber-
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
tak susah untuk selesaikan masalah ini, PM boleh sue wall street journal & SR untuk bukti ianya fitnah...
BalasPadamMahathir tu dh nyayuk dgn mabuk ketum.nk tuduh org x beri bukti.main cakap je.PAUH punya mahathir ngong.ni tentu solat pom x.kesian mahsthir masih lg mimpi nk jd pedana mentri.mahathir melayu haprak
BalasPadamTaubat la pak cik mahathir
BalasPadamBeruntungnya tm nii dipiimjam allah usia yang panjang. Harap tm tidak mengsia siakan usia tersebut terutama dipenghujung begini. Isikan semanafaatnya kerana tidak semua orang berpeluang begini supaya ttidak menyesal disaatt akhir
BalasPadamMahathir dah pnas punggung
BalasPadamDia dah byk kantoi!!
Dulu kata 42 billion hilang,(statement paling jahat yg dia buat)
Lepas tu kata bukan 42, 27 billion yg hilang
Lepas tu bila dah terbukti, tak hilang, dia divert pulak kata "kenapa hutang banyak sgt"....
Lepas tu macam macam keluar...
Masalah dgn Tun M ialah dia ingat dia betul....bila sekarang ni org semua dah tahu, dia dapat info dari sumber yg salah dan palsu.
Aku risau nanti bila siasatan 1MDB selesai, dia akan dihumban kedalam penjara kerana memfitnah 1MDB...
We wait n see...!!! The hunter become hunted