BREAKING NEWS

WOIII.. Stopa Spenda mahu semua ahli PAS Permatang Pauh sokong calon PKR..

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menggesa Pas untuk sama-sama menyokong calon PKR di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan memberitahu keputusan sokongan itu telah diputuskan oleh Pas Pusat.

Mustafa berkata, pemimpin Pas wajib menyokong calon PKR di PRK Permatang pauh walaupun mereka enggan menyokong calon tersebut kerana Pas Pusat telah bersetuju untuk menyokong calon terbabit.

Tambah Mustafa, sebarang keputusan dari Pas Pusat adalah lebih relevan berbanding keputusan Pas kawasan.

"Apa yang berlaku dalam mesyuarat itu hak kawasan masing-masing tetapi dari segi perjalanan apa jua keputusan Pas Pusat mengatasi keputusan kawasan atau pun lebih bawah daripada Pas Pusat.

"Pas Pusat mengambil keputusan dalam mesyuaratnya menyokong calon yang bertanding di Permatang PAuh oleh PKR sebagaimana juga di Rompin, dulu Pas bertanding maka Pas yang disokong bersama," kata Mustafa dalam sidang media selepas selesai mesyuarat masjlis setiausaha pakatan rakyat.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang turut hadir pada sidang media itu memberitahu, calon bagi Permatang Pauh akan diumumkan pada malam 24 April iaitu sehari sebelum hari penamaan calon.

Rafizi berkata, pengumuman calon disaat akhir adalah bagi memberik kejutan kepada Barisan Nasional (BN) yang mendakwa turut akan memberikan kejutan dalam PRK itu.

“PKR dan PAS sudah membentangkan keputusan parti masing-masing mengenai calon yang dipilih kepada majlis setiausaha dan calon itu dipersetujui dan disepakati oleh mesyuarat hari ini.

“Nama calon tersebut akan diumumkan oleh parti masing-masing dalam masa yang terdekat,” kata Rafizi.


p/s: Stopa ni sibuk nak tunjuk power pulak di Pmtg Pauh ni.. Padahal semua dah tau PAS kat sini takkan support PKR sebab tolak Hudud.. Errr.., Stopa sokong Hudud tak?? Kahkahkah

1 ulasan :

  1. Dah lama kena rejam kalau Stopa sokong Hudud.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online