BREAKING NEWS

Macai Pakatan akan boikot Danok demi Anwar!!!!


Selepas disenarai hitam daripada memasuki negara Jepun Januari 2014, hari ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disenarai hitam memasuki Thailand pula. Anwar dijadualkan ke Bangkok pada Rabu 3 Disember 2014 untuk menyampaikan ucapan dalam satu majlis anjuran di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT).

Anwar yang telah mendapat maklumat awal daripada pihak Kementerian Luar Thailand tentang namanya telah disenarai hitam, memaklumkan kepada FCCT bahawa beliau tidak menghadiri majlis tersebut atas nasihat peguamnya berikutan kesnya masih dalam perbicaraan.

Difahamkan Kerajaan Thailand menyenarai hitam Anwar kerana tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua mengadakan demonstrasi membantah lawatan Perdana Menteri Thailand , Jen Prayuth Chan-ocha ke Malaysia pada Isnin 1 Disember 2014.

Jadi sebagai solidariti kepada pengharaman Anwar masuk ke negara Siam ini, digesa semua penyokong Pakatan Rakyat memboikot barangan Siam. Yang rajin masuk Danok, Betong dan juga Golok juga digesa supaya mengurangkan aktiviti berpeleseran di kawasan berkenaan demi kesejahteraan Anwar.

Kalau I.S.A dapat puak-puak Pakatan hapuskan dengan berdemonstrasi di jalanraya.., mungkin sekatan terhadap Anwar Ibrahim untuk masuk ke Siam ini dapat di mansuhkan dengan mengadakan boikot terhadap barangan buatan Thailand.

Ayuh penyokong Pakatan sekalian!!! Jom boikot barangan Siam demi Anwar Ibrahim!! Zalim betul kerajaan Siam yang menyekat kebebasan Ketua Umum (KETUM) untuk masuk ke negara tersebut.. Hahahaha

1 ulasan :

  1. Mulai hari ini semua penyokong anwar tidak makan tomyam dan mee siam. Boikot!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online