BREAKING NEWS

Cina takut bila pemimpin Umno jaga melayu.



Presiden Gerakan, Mah Siew Keong didalam satu kenyataannya kepada media hari ini, telah menyalahkan Umno seratus peratus diatas kegagalan mereka menarik undi kaum cina pada pilihanraya Umum ke 13 lalu. Mah Siew Keong mendakwa kononnya sikap pemimpin Umno yang selalu membuat ucapan perkauman terutamanya di Persidangan Umno baru-baru ini menjadi punca kaum cina lari dari menyokong BN.

Agaknya Presiden Gerakan ni sudah dilanda sindrom tak sedar diri. Kenapa masih nak menyalahkan pemimpin bawahan Umno sedangkan sejak selepas merdeka lagi pemimpin melayu Umno sudah bercakap mengenai perjuangan bangsa melayu didalam negara? Kenapa masih nak salahkan Umno bila kaum cina dah tak lagi menyokong Gerakan dan MCA?

Sebenarnya Mah Siew Keong perlu sedar bahawa sikap malas pemimpin Gerakan dan MCA lah yang menjadi punca kepada merosotnya sokongan kaum cina kepada parti mereka. Semua tahu bahawa Gerakan malas menganjurkan program-program untuk mendekati rakyat walaupun peruntukan sudah 'turun' dari kepimpinan BN.

Jentera parti Gerakan dan MCA juga diketahui antara yang paling lembab khususnya waktu pilihanraya kecil berlangsung di seluruh negara bagi menarik sokongan kaum cina. Semuanya hanya berharap pada kekuatan Umno dan juga komponen lain didalam BN bagi menggerakkan kempen pilihanraya. Kalau nak harap jentera Gerakan dan MCA sendiri, alamatnya kekalahan sudah pasti didalam tangan.

Mah Siew Keong juga perlu sedar bahawa jentera parti tersebut yang jumlahnya amat sedikit didalam membantu BN didalam siri Pilihanraya Kecil, sebenarnya melemahkan parti Gerakan sehingga majoriti kaum cina menganggap parti tersebut tidak berkebolehan dan tak mampu membawa suara kaum cina di Malaysia.

Bandingkan dengan DAP, jumlah bendera yang jentera DAP bawa disetiap pilihanraya kecil sudah melambangkan kekuatan parti pembangkang tersebut. Dan kalau nak dipertikaikan, berapa banyakkah jentera dari Gerakan dan MCA yang membawa bendera BN di setiap pilihanraya kecil seluruh negara berbanding dengan jentera Umno?

Kita lihat di P.Pinang.., Gerakan tewas di kerusi Parlimen Batu Kawan, Parlimen Bukit Bendera, Tanjong dan Jelutong, sekaligus mengulangi sejarah tsunami politik parti itu pada 2008. Bagi kerusi DUN pula, Gerakan tewas di DUN Bukit Tengah, Bukit Tambun, Tanjung Bunga, Kebun Bunga, Pulau Tikus, Padang Kota, Datuk Keramat, Sungai Pinang, Batu Lancang, Air Hitam, Batu Uban dan Pantai Jerejak.

Adakah Mah Siew Keong mahu menyalahkan Umno yang bergaya mengekalkan 10 kerusi Dun dan juga 3 kerusi Parlimen mereka di negeri ini walaupun tanpa bantuan dari Gerakan serta MCA. Adakah Umno P.Pinang dan juga DS Najib Razak menyalahkan Gerakan dan MCA kerana Umno tidak berjaya menyapu bersih kerusi melayu di P.Pinang? Sudah tentu tidak sama sekali. Yang diutarakan cumalah kegagalan Gerakan dan MCA meraih sokongan kaum cina sahaja pada PRU13 dinegeri tersebut.

Kesimpulannya, Mah sendiri perlu sedar bahawa parti Gerakan sendiri sudah tidak mempunyai jiwa yang melambangkan sikap sebenar orang cina di Malaysia. Gerakan sudah tidak mampu mewakili kaum cina yang selama ini dilabelkan sebagai amat rajin berusaha, sukakan kejayaan dan bijak merancang.

Berbanding dengan DAP di Malaysia, parti Gerakan kini sudah dianggap hanya mengarap ehsan pada komponen lain didalam BN untuk berpolitik. DAP pula menerusi pimpinan mereka sahaja telah membuktikan siapa sebenarnya Ketua didalam Pakatan dengan berjaya memenangi majoriti kerusi didalam Pilihanraya Umum ke 13.

Jadi diharap Mah Siew Keong sudah-sudahlah salahkan pihak lain jika Gerakan sendiri hilang taring didalam menjuarai politik kaum cina. Umno berjuang demi kepentingan kaum melayu di Malaysia.., begitu juga Gerakan dan MCA untuk kaum cina manakala MIC dan lain2 untuk kaum masing-masing. Dibawah BN semuanya berjuang demi rakyat Malaysia.

Mengapa Mah Siew Keong masih tak sedar diri dan salahkan Umno jika kaum cina lari? Adakah Presiden Gerakan itu perlu disediakan cermin untuk melihat kekurangan diri sendiri? Jangan lupa kemenangan Mah di PRK Teluk Intan baru-baru ini banyak dibantu oleh jentera Umno.. Kalau nak harapkan jentera Gerakan, mungkin Mah tak mampu untuk menewaskan calon muda melayu dari DAP disitu. ~ Chewan/Utaranews

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online