BREAKING NEWS

Kerajaan BN hargai pengorbanan wira2 di Lahad Datu.


2 anggota Polis yang terkorban didalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, telah dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani oleh DYMM YDP Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2014 di Istana Negara, hari ini.

Allahyarham Asisten Komisioner Ibrahim Lebar dan juga Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran yang terkorban semasa kejadian pencerobohan berkenaan, dianugerahkan pingat berkenaan sebagai menghargai jasa mereka mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman pengganas.

Pemberian pingat tersebut membuktikan bahawa kerajaan Malaysia sentiasa prihatin dan mengiktiraf jasa serta pengorbanan anggota keselamatan negara. Selain dari pingat, sudah tentunya kebajikan keluarga anggota yang berkorban demi negara tak akan disia-siakan oleh pihak kerajaan.

Seramai 105 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang diambut oleh rakyat negara ini pada 7 Jun tahun lepas.

Sementara itu, Rosiah Dahlan, 53, balu kepada Allahyarham Asisten Komisioner Ibrahim Lebar yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu berkata beliau sebak kerana pengorbanan arwah masih diiktiraf, meskipun peristiwa berdarah itu sudah setahun lebih berlalu.

"Kami sekeluarga sudah lama reda dan menerima ketentuan ini. Malah kami sekeluarga juga baharu pulang daripada menunaikan haji pada 28 Oktober lalu dan tujuan utama kami ke sana adalah untuk menenangkan diri," katanya.

Ibu bapa kepada Koperal Mohd Azrul Tukiran yang turut terkorban dalam insiden Lahad Datu, Tukiran Ahmad, 63, dan Saadiah Md Amin, 62, pula berterima kasih atas penganugerahan itu dan berharap ia dapat membakar semangat anggota polis untuk berjuang mempertahankan negara. - Utaranews.com

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online