BREAKING NEWS

Syukurlah.. Guan Eng masih jadi CM Penang walaupun rugi..



Kerajaan DAP Pulau Pinang buat tahun keempat berturut- turut terus membentangkan anggaran bajet defisit pada Sidang Dewan Undangan Negeri ( DUN).

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, anggaran defisit itu ialah sebanyak RM230.31 juta bagi Bajet 2015 berdasarkan kutipan hasil yang dijangka.

Katanya, defisit itu adalah sebanyak RM25.13 juta kurang daripada anggaran bajet defisit 2014 yang berjumlah RM255.44 juta.

" Anggaran bajet defisit itu adalah berdasarkan jangkaan hasil tahun 2015 sebanyak RM656.93 juta berbanding perbelanjaan mengurus sebanyak RM887.24 juta.

"Kekurangan RM230.31 juta yang dijangka dalam Bajet 2015 akan dibiayai daripada Simpanan Terkumpul Negeri yang berbaki sebanyak RM826.58 juta pada akhir 2013," katanya di sini hari ini.

Guan Eng (DAP - Air Putih) berkata, Bajet 2015 digubal dengan mengambil kira kekangan yang tidak dapat dielakkan termasuk kemampuan kewangan yang amat terhad.

Katanya, kerajaan negeri mencadangkan RM992.8 juta bagi Bajet 2015, iaitu 31.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2014.

" Jumlah RM887.2 juta adalah bagi mengurus sementara RM225.5 juta disediakan bagi pembangunan.

" Jumlah keseluruhan RM992.82 juta yang dicadangkan untuk perbelanjaan dalam tahun 2015 sudah pun mengambil kira RM120 juta untuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri," katanya.

Katanya, kerajaan negeri menganggarkan hasil yang akan dikutip pada 2015 berjumlah RM656.9 juta iaitu pertambahan sebanyak RM69.18 juta atau 11.77 peratus berbanding anggaran hasil tahun semasa pada 2014.

2 ulasan :

  1. DEfisit sedikit aje, kira pandailah tu, bapa putar-belit,rasis.

    BalasPadam
  2. kah kah kah kah kah,,senak perut aku ..si bloger pecacai umnobn tak sedaq Najibdan Pak Lah sejak lepas Anwar jadi Menteri Kewangan ,budget Malaysia defisit berturut-turut sampai ke la niii...Ada hati nak komen Guan Eng konon,,,dasar tak sedaq diri sendiri bodoh.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online