BREAKING NEWS

Nurse KANTOI main Fesbuk ketika kerja.. Apa nak jadi nih!!!!


Oooooo..., ni kerja dia yee... Kerajaan bayar gaji suruh jaga pesakit.., dia bantai pi main Fesbuk time kerja... Kan dah kantoiiii...

Sebenarnya benda-benda macam ni banyak je kita selalu jumpa.. Bukan saja di Hospital kerajaan.., di Pejabat Pos.., di Agensi-agensi separa kerajaan dan juga di pejabat-pejabat Pak Menteri sekalipun ada kaki mengular ni beb..

Pernah sekali tu gua pergi nak bayar bill di sebuah pejabat Pos kat Penang ni.. Staff yang di belakang kaunter tu bukan main sibuk lagi berwhatsapp sambil melayan pelanggan..

Gua cuba positive kan diri dengan menganggap staff tu sedang dalam kecemasan berwhatsapp dengan hasben atau anak-anak dia.. Mungkin dia tengah berbincang tentang lauk apa nak makan bila balik kerja nanti...

Tu kira emergency lah kann.. Korang jangan tak setuju pulak beb.., pasal makan malam pun boleh gaduh laki bini tau kalau tak berbincang baik-baik.. Itu namanya politik rumahtangga.. Sapa dah kawen tu tau laa...

Jadi dalam kes Nurse kat atas tu.., kita kira halal je lah ye.. Nampak tak dia tengah tengok resepi kat Fesbuk tuu? Kiranya dia tengah berjihad dalam perjuangan keamanan rumah tangga dia lahh...

Mana kita tau kot-kot dia tengah belek resepi untuk buat kek harijadi hasben dia ke.., anak dia ke.., atau adik beradik dia kannn... Kiranya terdesak sangat lah tu sampai guna time kerja... Hehehehe..

Apapun.., suka gua nak nasihatkan kepada penjawat awam di luar sana.. Janganlah main fesbuk atau apa-apa aktiviti media sosial diluar skop kerja.. Kalau nak main jugak biarlah sorok-sorok sikit ye..

Jangan sampai kantoi macam tu tauu... Silap-silap kena buang kerja... Lepas tu mulalah salah kerajaan sebab kononnya tak beri kebebasan bermedia sosial... Pastu mulalah plan nak berdemo lah bagai sebab tak puas hati... Padahal sendiri yang tak reti bahasa... Peace!!!

7 ulasan :

  1. Pernah terjadi pada aku,Puncanya apabila aku diserang darah tinggi bila aku check disebuah farmasi. Malam tu juga aku ditemani oleh isteri terus pergi ke bahagian kecemasan di sebuah Hospital Besar utara tanah air. Sampai dikaunter hospital aku daftar dan bagitau tujuan aku nak dapat rawatan. Seorang atenden bawa aku dengan kerusi roda dan letak dibelakang kaunter pendaftaran .Bagus lah cepat bertindak. MA dikaunter tersebut terus guna pengesan tekanan elektronik untuk check tekanan darah aku. Bagus lah cepat bertindak. tersebut.Apabila bacaan telah ditunjukkan oleh alat itu aku panik kerana naik lebih tinggi banding aku check kat farmasi. Tetapi....MA tu tidak serius pantau bacaan alat kerana sibuk 'bermain' dengan i-phone (lebih kurang 1-2 minit baru dia toleh tengok alat pengesan tekanan tu).Ish ish takut juga dalam masa 1-2 minit tu kalau terjadi apa-apa .Baru lah dia minta atenden toalk aku masuk ke Wad Pemerhatian untuk rawatan susulan........Elak Lah KPM haramkan penggunaan i-phone dikalangan kakitangan di unit-unit tertentu supaya pesakit benar-benar diberi perhatian terutamanya melibatkan kes-kes yang berisiko.....

    BalasPadam
  2. Aku pernah pergi HKL check Mata selaput, dara tinggi aku naik sebab doctor tanya pasal apa tak pergi check pakai cermin mata? Daripada aku sakit Mata bertukar jadi sakit hati.

    BalasPadam
  3. selalu nya patient yg aku kenal rata2 anti pnjawat awam. tunggu lama sikit pun nak komplen. tunggu sampel kencing, darah, najis, kahak lama sikit pun nak komplen. ingat org check sambil lewa ka smua najis tu? kadang2 tunggu mesin running lg. yg jd patient tu senang la, yg bekerja tu... ada lu org kisah? pnjawat awam pun manusia mcm kamu org juga.

    BalasPadam
  4. Memang pun kebanyakan nurse yang keja hospital kerajaan tu banyak songeh dan pemalas....

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba letak diri kat tempat nurse tu? nak ke awak tu cuci taik orang? lap muntah orang? nak ke? entah ke waktu tu tgah rest ke..tak semua nurse macam tu..mengata main sedap je tapi nnti sakit hospital jugk yg dicari..nurse jugak yg dipanggil.,.

      Padam
  5. Tak semua nurse atau penjawat awam sedemikian. Nurse yang yang cuai wajib ditegur dan janganlah segan serta malu membuat aduan (boleh jumpa terus Pengarah jika serious). Borang aduan ada dan jika tidak ada boelh minta di kaunter pertanyaan. Ramai nurse yang kerjanya amat jujur.... yang bermain dengan gajet spt i-phone patutnya ketua jabatan boleh menegurnya. Malangnya terdapat Ketua yang tidak prihatin dalam perkara ini.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online