Walaupun Zairil menegaskan bahawa gambar yang tersebar didalam laman sosial tersebut adalah bukan dirinya tetapi hanya "mirip" beliau, ramai pelayar media sosial kurang percaya dan menganggap ia hanyalah alasan untuk Zairil menutup aib yang telah terbuka..
Hari ini, Dyana Sofya seakan-akan tampil menguatkan andaian ramai bahawa gambar-gambar berkenaan adalah tulen serta asli. Dyana dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada akhbar, langsung tidak menafikan bahawa gambar-gambar dia dan Zairil adalah palsu..
Dyana hanya mendakwa beliau menjadi mangsa politik jahat pihak-pihak tertentu.. Apakah maksud politik jahat tersebut? (Baca SINI)
Adakah ia bermakna memang ada pihak yang sengaja mahu merosakkan imej beliau dan Zairil dengan gambar-gambar koleksi peribadi mereka?
Ataupun ada pihak dalam Pakatan sendiri yang mahu menjatuhkan Zairil dan juga Dyana? Jika benar gambar-gambar panas tersebut adalah palsu seperti yang didakwa oleh Zairil, mengapakah Dyana tidak menafikan ketulenan gambar berkenaan?
Mengapakah Dyana hanya cuba meraih simpati dengan menyatakan dia menjadi mangsa politik kerana dirinya seorang wanita? Ini semua menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh kedua-dua pasangan tersebut.
Kenyataan yang bercanggah oleh dua individu terbabit sudah cukup membuatkan pelayar media sosial tahu apa yang tersirat di sebalik penafian mereka.
Baca selanjutnya DISINI...
Catat Ulasan