BREAKING NEWS

PAS DAH SEDAR BAHAWA ANWAR IBRAHIM MEMANG KAKI "LIWAT"... HAHAHAHA...

Pas terutama daripada kalangan pemimpin ulama ternyata sudah membulat tekad untuk menghalang permainan politik kotor Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Malah Pas menerusi Ahli Jawatankuasa Pusatnya, Nasruddin Hassan secara terbuka melabelkan tindakan Ketua Pembangkang sebagai satu bentuk kezaliman yang mengaibkan dan seterusnya menegaskan, menjadi kewajipan parti itu untuk membela Abdul Khalid.

Bekas Ketua Pemuda Pas Pusat itu juga tidak berselindung tentang penentangannya apabila tampil menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak) 2.0 bagi menggagalkan niat serong Anwar.

Kenyataan keras itu adalah yang pertama keluar daripada mulut pemimpin Pas sejak krisis politik di Selangor bermula dan dipercayai ada kaitan dengan serangan terbaharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Abdul Khalid menerusi Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa Abdul Khalid perlu dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor? Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit untuk membela Abdul Khalid?

"Jika Anwar yang disingkir oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 menyaksikan kebangkitan Pas yang dipimpin bekas Presiden, Datuk Fadzil Noor melalui Gerak pada waktu itu.

"Saya kira, andai Abdul Khalid disingkir oleh Anwar dari kerusi Menteri Besar, sewajarnya Pas yang dipimpin tuan guru Abdul Hadi bangkit membela Abdul Khalid yang dizalimi dan diaibkan melalui Gerak 2.0," kata Nasruddin menerusi Facebooknya hari ini.

Krisis politik di Selangor yang berpunca daripada Anwar, hanya kerana mahu menjatuhkan Abdul Khalid menyebabkan pentadbiran negeri terkaya di Malaysia itu berada dalam keadaan tidak menentu tetapi semua itu langsung tidak dihiraukan Ketua Pembangkang.

Sebaliknya, apa yang menjadi keutamaan Anwar ialah menabalkan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu walaupun jika keadaan itu menyebabkan rakyat terpaksa berdepan dengan pilihan raya negeri.

Dalam pada itu, Nasruddin mempersoal sikap pemimpin PKR yang menuduh tindakan Dr. Mahathir menyingkir Anwar pada tahun 1998 sebagai suatu kezaliman dan fitnah tetapi mengapa apabila tindakan serupa dibuat ke atas Abdul Khalid, rakyat tidak boleh bangkit menentang.

"Anwar dipecat atas tuduhan skandal liwat. Rakyat bangkit dan membela. Mereka tak anggap itu masalah UMNO dan kini berlaku pergolakan di Selangor yang menyaksikan Abdul Khalid diperlakukan dengan tindakan serupa, apakah rakyat tidak boleh bangkit membela," soalnya. - UM


p/s: Akhirnya ada jugak yang dah celik mata dalam PAS.. Baru dorang tau sapa sebenarnya Anwar Ibrahim.... Hahahaha..

4 ulasan :

  1. Nasi dah jadi bubur..

    BalasPadam
  2. kurung jer..........

    BalasPadam
  3. I came back to see how WRONG was this article. There were many others whom anticipate that PAS would make a U-Wee ie. U-Turn.

    That said nothing wrong in having hope, and I share the sentiment in this article however wrong it has endured.

    Keep up with the sensible writings.

    BalasPadam
  4. Pas is idiot

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online