BREAKING NEWS

Memalukan!!! Begini Cara MASEU Selamatkan MAS?

Sebelum ini kita banyak mendengar mengenai karenah MASEU yang seringkali dilihat sebagai menganggu pentadbiran MAS dengan pelbagai tuntutan yang tidak munasabah. Kali ini perkara yang sama berlaku apabila sekali lagi MASEU bertindak mengugut pihak kerajaan dan Perdana Menteri supaya memecat Ketua Pegawai Eksekutif MAS iaitu Ahmad Jauhari Yahya.

Di saat negara dan pihak pengurusan MAS sedang berusaha untuk mengenal pasti mangsa pesawat MH17 untuk dibawa pulang dan ahli keluarga masih menanti kepulangan jasad untuk dikebumikan, MASEU pula mula “menyalak”.

MASEU bertindak demikian kononnya mahu menyelamatkan Syarikat Penerbangan Negara tersebut dari kemerosotan dan kononnya demi untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerja MAS. Malangnya, benarkah seperti yang didakwa oleh pihak MASEU itu? Ataupun ia sekadar satu lagi retorik dari MASEU untuk menjaga kepentingan sendiri?

Ramai yang tahu bahawa MAS telah memberikan saguhati sebanyak RM2,000 kepada setiap kakitangannya sebagai tanda menghargai jasa dan bakti mereka. Dan pemberian saguhati tersebut dilakukan tanpa mengira pangkat serta kedudukan kakitangan.

Apakah ini masih lagi dianggap sebagai tidak menjaga kebajikan perkerja oleh MASEU? Di hadapan media, MASEU sering melaung-laungkan bahawa niat mereka hanya untuk menjaga kebajikan semua kakitangan MAS, tetapi mengapa mereka tidak tahu berterima kasih apabila pihak pengurusan MAS mengambil inisiatif untuk menjaga kebajikan seluruh kakitangan Syarikat? Sebab ini bukan usaha MASEU?

MASEU sedia maklum bahawa pihak MAS kini sedang didalam keadaan kritikal dan juga mengalami kemerosotan kewangan. MASEU juga sedia maklum bahawa MAS kini sedang didalam krisis imej apabila dua pesawatnya mengalami nasib malang sehingga mengorbankan ratusan nyawa. Sepatutnya pihak MASEU membantu pengurusan MAS dan bukannya membuat pelbagai tindakan yang bersifat kebudak-budakan.

Jika benar MASEU mahu menjaga kebajikan seluruh kakitangan MAS, pihak yang mengepalai MASEU sepatutnya sedar kepentingan untuk mengutamakan MAS merupakan lebih dari segalanya. Jika semua kehendak MASEU hendak dituruti melebihi kepentingan Syarikat Penerbangan Malaysia itu sendiri, ia akan menyebabkan MAS lebih merudum dari segi prestasi dan juga imej.

MASEU juga perlu sedar dan memahami, jika MAS hilang kemampuan untuk kembali stabil, adakah pekerja-pekerja MAS akan 'selamat'? Siapakah yang mampu menjaga kebajikan seluruh kakitangan MAS jika syarikat itu sendiri tak mampu kembali dari krisis yang sedang menimpanya kini? Dengan sebab itulah MASEU sepatutnya menjaga kebajikan MAS terlebih dahulu dan sekaligus ia akan menjamin kebajikan semua kakitangan yang ada.

Beberapa bulan yang lepas, MASEU berdegar-degar mahu berjumpa PM untuk bentangkan program pemulihan MAS. Kenapa tidak berbincang dengan pihak pengurusan MAS sendiri program pemulihan ni? Bukankah MAS sekarang dalam “ICU”..?

Para penganalisa telah berkali-kali menjelaskan bahawa MAS sudah terlebih kakitangan, tapi MASEU masih lagi kecam suruh beritahu mereka jabatan mana yang terlebih pekerja? “Buta” atau buat-buat tak nampak, kah? Masih dalam penafian cuba menegakan benang yang basah?

Pihak MASEU sendiri patut tahu bahawa MAS menjaga kebajikan kakitangannya apabila sehingga kini semuanya masih kekal dengan MAS. Pihak MASEU juga lebih tahu di Jabatan manakah yang terlebih kakitangan dan perlukah ia dikekalkan.

Kesimpulannya, pihak MASEU kini ibarat sedang memalukan seluruh kakitangan MAS dan juga diri mereka sendiri apabila bertindak sebegini kerana rakyat Malaysia masih berduka dan menunggu kepulangan jenazah rakan-rakan dari insiden yang menimpa pesawat MH17.


Menangguk di air yang keruh, MASEU sibuk mendesak dan memberi tekanan pada pihak kerajaan seolah-olah MASEU tidak memperdulikan kejadian nahas MH17. Inikah yang dipanggil mahu menjaga kebajikan seluruh kakitangan MAS? Memang memalukan!!!

7 ulasan :

  1. Haram jadah EXCO Maseu

    BalasPadam
  2. MASEU memang sial. Sebagai seorang kakitangan dalam syarikat penerbangan....saya tahu tindakan MASEU adalah BODOH dan cenderong kepada kemusnahan MAS.

    GO TO HELL, MASEU. You are nothing but a UNION of hooligans with zero working knowledge!

    BalasPadam
  3. pecat je pengerusi MASEU under insubordinate..Apa yang mereka buat utk MAS..kalau salahkan CEO jet tak adil yang buat kerja harian on the ground tu siapa..hingga perfromance MAS merundum...........

    BalasPadam
  4. Amboi bukan main bela Mas lagi. Macam mana depa nak bincang dgn pengurusan mas? Kebanyakkan org atas mas ni sumua bukan dari bidang penerbangan. Cuba tgk CEO depa masa press conference, tegagap, menggigil, pucat.

    BalasPadam
  5. Jgn tulis bagai staff mas..

    BalasPadam
  6. Staff mas lebih tau isu hal dalaman majikan..

    BalasPadam
  7. Privatise saja MAS ni macam Tun Mahathir cakap, baru padan muka dia orang ni. Kakitangan MAS manja, asyik nak runtun Kerajaan saja, diri sendiri tak nak tolong MAS langsung. Rakyat Malaysia terus juga sokong MAS walaupun tragedi berulang. Kakitangan yang berlebihan tu bagi VSS sajalah. Kalau tidak macamana MAS nak kurangkan kos. Pilot2 pun ada driver, tak macam Air Asia, pilot datang sendiri ke airport (naik teksi atau bini hantar saja etc.). Kontrak dengan Brahim tu kaji semula. Brahim kena ingat, MAS lingkup, dia pun ikut lingkup juga. So, bertimbang rasalah sikit, reviselah harga makanan tu, mahal sangat, tak tertanggung kosnya oleh MAS.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online