BREAKING NEWS

DR MAZA GILA PUBLISITI.. ANGGAP JABATAN AGAMA MACAM TALIBAN.

Asri datang lagi dengan serangan pada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dia kata macam Taliban menyerbu upacara perkahwinan hindu di Selangor.

Kata Asri, JAIS sepatutnya berbincang dan berunding baik-baik walaupun terang-terang ada umat Islam yang nak kawin ikut upacara hindu dalam majlis berkenaan.

Asri juga kata tindakan JAIS serbu ke upacara hindu tu akan menyebabkan imej Islam tercemar. Apakah Asri sanggup biarkan pengantin pompuan yang Islam tu habiskan upacara kahwin hindu baru nak suruh JAIS serbu?

Kalau Jabatan Agama tak ambik tindakan berkenaan umat Islam yang murtad ni, Asri confirm akan salahkan Jabatan Agama kononnya tak jalankan kewajipan. Tapi bila serbu pulak, Asri sibuk komplen kata kena berbincang dulu..

Asri ni memang dari dulu suka cari publisiti murahan.. Semuanya dia saja yang betul dan tak ada tindakan yang orang lain buat kena di mata dia.. Sama lah macam Wardina tu...

Asri suruh JAIS bersikap profesional.., tapi masalahnya nak profesional apanya lagi kalau sampai pompuan Islam tu siap pakai baju pengantin dan nak tunggu pusing keliling api je beb?

Nak kata Islam tu zalim kerana tak membenarkan umatnya menukar agama? Salah tu beb sebab umat Islam diajar supaya menjaga saudara-saudara seagamanya.. Inilah yang dibuat oleh JAIS dibawah kuasa yang diperuntukan pada Jabatan tu..

Jadi Asri tak patut kata tindakan JAIS macam Taliban sedangkan dia sendiri pun tak buat apa-apa untuk menjaga umat Islam keseluruhan.. Setakat nak cari publisiti murahan dalam media dan mengelirukan umat Islam dengan putar belit ayat, itu mudah lahh..

Asri patutnya sokong tindakan JAIS dan bermuzakarah dengan Jabatan Agama tu kalau ada yang dia tak setuju sebelum buat kenyataan.. Kalau dekat orang.., pandai pulak Asri suruh berbincang ye.. Kat diri sendiri taknak pulak Asri bawak berbincang.. Puiii!!!

1 ulasan :

  1. Siapa kata perempuan tu Islam? Si empunya badan sendiri dah terang-terang kata dia bukan Islam. Yang 'Islam'kan dia dari segi teknik cuma bapanya.
    Memang tindakan JAIS memalukan orang Islam. Kenapa tunggu time majlis nak berlangsung baru nak serbu. Kenapa tak ikhtiar siasat dari awal?
    Yg celakanya, kebodohan dan kebebalan puak JAIS ni menyebabkan kerajaan Pusat tumpang kena tempias...seolah-olah apa yang JAIS lakukan tu cerminan sikap BN. Mangkuk hayun betul!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online